in

“Macam nak tunjuk Allah redha” – Netizen Spekulasi Sajat Saja Pergi Umrah Sebab Nak Orang Percaya Dia Perempuan?

Collage 11

Sejak isu Sajat bertelekung di Mekah tular di media sosial, ramai pihak memberikan pendapat masing-masing mengenai perkara ini. Ada yang menentang dan ada juga yang menyokong.

Salah satu pendapat atau spekulasi yang mendapat perhatian dari netizen adalah dari seorang lelaki di Facebook yang dikenali sebagai Ayah Pong.

Pada 4 Februari lalu, Ayah Pong telah memuat naik status di Facebook tentang isu Sajat menunaikan umrah ini. Dalam postingnya, lelaki ini mengatakan niat Sajat untuk mengerjakan umrah adalah kerana nak membuktikan pada orang ramai yang dia dapat masuk ke Masjidil Haram.

Merujuk kepada video pertama yang dimuat naik Sajat (dah dipadam), lelaki ini berkata Sajat sengaja sunting video kompilasi gambar-gambarnya di Tanah Suci dengan berlatar-belakangkan lagu “Ya Rasulullah” sebab nak sampaikan statement.

Sjat 1

Seolah-oleh dia nak tunjukkan Allah redha dengan apa dia buat dan sekaligus dapat membuktikan yang status jantinanya adalah perempuan… MasyaAllah…”

Ayah Pong menambah, orang yang jahil agama akan mudah terpengaruh dengan dakyah Sajat bila melihat video usahawan ini bahagia di Tanah Suci dengan menari-nari di sana.

Bersungguh nak tunjuk kat orang ramai yang dia diterima Allah kerana tiada satu azab pun turun kat l*h*n*t nie.”

Lelaki ini juga meminta pihak berkuasa untuk membuat sekatan ke atas akaun-akaun media sosial Sajat bagi membendung “orang-orang jahil agama” terpedaya dan terus menyokong Sajat.

Sjat 2

Ini maksiat terang-terangan tuan2 dan puan2… L*h*n*t nie mempengaruhi orang, itu yang bahaya tuan2 dan puan2.”

Akhir kata, lelaki ini menyampaikan pesan supaya orang Islam berbalik semula kepada Quran dan Sunnah supaya tak terpedaya dengan fitnah akhir zaman.

Korang boleh baca tulisan penuh dekat bawah ni:

Screenshot 2020 02 06 At 2.43.19 Pm 1

Hmm…

 

Baca: “Jangan kacau Sajat! Contohi ulama Syiah di Iran benarkan fatwa penukaran jantina” – Ahli Sarjana Turki

Collage 9