in

“Macam movie apokalips” – Tular Video Papar Salji Tebal Setinggi 5 Meter Landa Kamchatka, Russia

salji turun tebal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang tengok filem ‘akhir zaman’ seperti The Day After Tomorrow, ramai yang gerun tengok keadaan dunia bertukar menjadi zaman ais dan salji memenuhi jalan serta bangunan.

Perkara yang sama nampaknya berlaku di Russia apabila ribut salji yang kuat dan berpanjangan telah berlaku sejak 12 Januari lalu, melumpuhkan Semenanjung Kamchatka dengan salji setebal 5 meter dilaporkan di sesetengah kawasan.


Darurat juga telah diisytiharkan di peringkat perbandaran dan daerah bagi Petropavlovsk-Kamchatsky selepas dua orang terbunuh akibat runtuhan salji dari bumbung pada 15 Januari lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Greater Kashmir (@greaterkashmirnews)

Artikel berkaitan: “Dunia makin tenat” – Baru Januari 2020, Tapi Netizen Risau Sudah 7 Bencana Alam Berlaku Pada Awal Tahun Ni!

Artikel berkaitan: “Salah sendiri” – Ini 5 Bencana Buatan Manusia Paling Teruk Pernah Terjadi Dalam Sejarah

Difahamkan, Kamchatka kini sedang mengalami salah satu ribut salji paling dahsyat atau dipanggil ‘kiamat salji’ sejak beberapa dekad lalu.

Dalam tempoh 48 jam selepas ribut salji bermula pada 12 Januari lalu, bencana itu telah membawa kepada 52 peratus daripada purata taburan hujan dan salji bulanan.

Ribut kedua pula melanda semenanjung itu pada 14 Januari lalu, membawa lebih banyak salji dan angin kencang lebih 100 kilometer sejam.

Kali terakhir salji setebal itu melanda adalah pada musim sejuk tahun 1997. Dapat dilihat juga timbunan salji kali ini mencapai ketinggian rumah dua tingkat hingga menimbus pintu masuk bangunan dan memerangkap kenderaan.

@lifefragments3

Could you live here? A record snowfall in Kamchatka ❄️ This is real. Not a movie. Record snowfall in Kamchatka ❄️ #kamchatka #snowstorm #recordsnow #winter #캄차카

♬ NXSTY BLOOD (Slowed + Reverb) – Wels

Penduduk dilihat keluar dari rumah dengan terjun dari balkoni rumah dan ada juga menggali terowong untuk merentasi benteng salji.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.