in

“Macam mimpi!” – Alan Walker Buat Kejutan, Belanja Satu Kelas Tiket Konsert!

Syaz Ft 95

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Alan Olav Walker atau lebih dikenali sebagai Alan Walker merupakan seorang pemuzik genre electropop yang terkenal dan pernah berkolaborasi dengan nama-nama besar seperti Steve Aoki, Noah Cyrus dan Sabrina Carpenter.


Pemuzik yang mempunyai hampir 10 juta followers di Instagram itu, bakal mengadakan konsert di Indonesia pada 8 Jun ini sebagai salah satu lokasi bagi konsert jelajah Asia-nya.

Artikel berkaitan: “Lain dari yang lain” – Akad Nikah Atas Motocross, Ramai Kagum Dengan Acara Perkahwinan Di Indonesia Ini

Artikel berkaitan: Ingat Nak Tanya Ustaz Soalan Sekali Berborak, Pemuda Dari Penang Jadi Tular Di Indonesia

Apa yang menarik perhatian ialah pemuzik yang berasal dari Norway itu telah melakukan satu kejutan buat pelajar di sebuah sekolah yang terletak di Medan, Indonesia dengan memberikan kesemua pelajar di kelas tersebut tiket percuma ke konsertnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alan Walker (@alanwalkermusic)

“Surprise! Saya pernah menonton video guru ini dan semua pelajar kelasnya memainkan  #WhoIAm beberapa bulan yang lalu.

Hari ini saya menjemputnya dan seluruh kelasnya ke persembahan saya di Jakarta pada 8hb.

Bukan itu sahaja, @triadinata91 dan beberapa pelajar juga akan membuat persembahan bersama saya di atas pentas, inilah masa anda untuk bersinar guys! Sampai jumpa di panggung!,” tulisnya di kapsyen.

Kejutan itu sudah pastinya membuatkan pelajar kelas teruja serta tidak sabar untuk menonton serta menyertainya membuat persembahan pada 8 Jun nanti.

Wah! Bestnya!

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.