in

“Macam manalah meniaga” – [VIDEO] Makanan Dihurung Lalat, Peniaga Selamba Buat Tak Tahu

Makanan Hurung Lalat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebersihan dalam meniaga makanan adalah sesuatu yang sangat penting, keracunan makanan boleh berlaku jika kebersihan tidak dijaga.

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video yang buatkan ramai netizen ‘kembang tekak’ apabila kelihatan makanan yang dijual tidak bertutup dan dihurung lalat.


Dalam perkongsian pengguna TikTok @izzmida_, difahamkan kedai tersebut terletak berdekatan dengan jambatan Pasir Mas, Kelantan.

https://www.tiktok.com/@izzmidaa__/video/7234064685140643079?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7198342224609445378

Dalam ruangan kapsyen, dia memberitahu makanan tersebut tidak ditutup dengan rapi dan lebih menyedihkan, pekerja di kedai makan berkenaan hanya buat tidak endah dengan perkara itu dan hanya membiarkan sahaja serangga itu ‘berkampung’.

“Tolong la jaga kebersihan sikit. Ya Allah sumpah geli nak mati, macam mana la meniaga makanan apa smua tak tutup macam ni.

Selamba je staff dia buat tak tahu naya orang siapa yang order makan sup ni,” tulisnya.

“Risau nak makan luar lepas ni” 

Perkara itu menimbulkan kegusaran ramai netizen, rata-rata memberikan kecaman yang teruk kepada peniaga tersebut yang tidak mementingkan kebersihan serta boleh mengundang pelbagai penyakit.

Cats 53

Yang nak makan kat luar tu hati-hati ye…

Baca: [VIDEO] Pekerja Kedai Makan Hempas Mangkuk Depan Pelanggan Sebab Bengang Ditegur Makanan Ada Lalat

Makanan Lalat

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.