Bagi mereka yang mengikuti suasana politik Malaysia sekarang, kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka telah tumbang dan Barisan Nasional (BN) Melaka dilaporkan membentuk satu kerajaan negeri baru gabungan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Berikutan ini, satu press conference telah dibuat semalam namun bukan isu politik yang menjadi ‘soksek-soksek’ netizen ramai, sikap ahli parti dari kerajaan baru Melaka pula yang dipersoalkan. Aik apa pulak masalahnya tu?
Ahli kerajaan baru merokok dalam kawasan tertutup?
Menerusi perkongsian Facebook Selangor Bebas Asap Rokok (SELBAR), salah seorang daripada ahli kerajaan baru Melaka ni dilihat dengan selambanya menyalakan api rokok dan menghisap rokok di hadapan orang ramai semasa press conference diadakan.
Press conference ni katanya diadakan sekitar jam 4.45 petang semalam dihadiri 17 ahli kerajaan baru Melaka, dengan seorang ahli dilihat sedang bercakap telefon di belakang majlis tersebut.
Ketika ‘ahli’ itu sedang menamatkan panggilannya, dia kemudian tanpa rasa bersalah telah menyalakan rokok dan menghisapnya betul-betul di dalam bilik conference tersebut bersama seorang ahli kerajaan lain. Fuh betul punya relaks ni!
https://www.facebook.com/selbar.selangor/posts/1091379561225338?__tn__=H-R
“Bukti dah ada, mohon ambil tindakan”
Rata-rata netizen yang melihat video tersebut memang marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan ahli kerajaan baru Melaka tersebut. Sepatutnya dia sebagai seseorang daripada kerajaan haruslah menunjukkan teladan yang baik kepada semua pihak.
Apa pendapat korang? Wajar ke tindakannya tu?