in

“Macam mana nak control?” – [VIDEO] Elak Penularan, Taman Tema Tunjuk Bukti Boleh Je Takyah Jerit Masa Naik Roller Coaster

collage 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Taman tema di seluruh dunia mula dibuka selepas kes di beberapa negara telah menampakkan penurunan.

Pun begitu, orang ramai masih tak boleh mengambil enteng tentang penularan Covid-19. Kerana ini, sebuah taman tema di Fujiyama, Jepun telah meminta pengunjung di sana untuk menjerit dalam hati ketika menaiki roller-coaster.


Menurut BBC, rayuan ini dibuat oleh pengendali taman tema Fuji-Q Highland kerana bimbang penyebaran virus daripada titisan air liur ketika menjerit boleh meningkatkan penularan virus Covid-19.

Namun, pelanggan telah menyuarakan rasa tak puas hati dengan saranan ini. Yelah, macam mana pulak nak jerit dalam hati bila dah takut, bukan senang nak kawal.

Screenshot 2020 07 10 at 5.29.36 PM

Nak pulak roller-coaster sepanjang dua kilometer ini boleh mencapai kelajuan hingga 130 kilometer sejam sebelum turun serta-merta pada ketinggian 70 meter. Mahu tak tercabut jantung?

Ekoran rungutan ini, Fuji-Q Highland telah keluarkan sebuah video menunjukkan dua eksekutif menaiki roller-coaster tersebut tanpa mengeluarkan suara bagi membuktikan yang langkah ni tak mustahil untuk dilaksanakan.

Dalam video ni, korang boleh tengok sendiri macam mana dua eksekutif ini kekalkan riak muka serius sepanjang menaiki roller-coaster dan diakhiri dengan mesej “Tolong jerit dalam hati”.

 

Baca: “Baik tak payah naik” – Pengunjung Tak Boleh Jerit Kalau Naik Roller Coaster Di Taman Tema Jepun Untuk Elak Covid-19

Screenshot 2020 07 10 at 5.31.39 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.