in

“Macam mana bernafas tu, ikot telinga ke” – Fesyen Baju Melayu Sendat Sampai Nampak P*ting Jadi Perbualan Netizen

cwhat
Lobak Merah
Lobak Merah
"Macam mana bernafas tu, ikot telinga ke" - Fesyen Baju Melayu Sendat Sampai Nampak P*ting Jadi Perbualan Netizen
Loading
/

Disebabkan trend fesyen yang makin berkembang, pakaian tradisional Melayu juga melalui pelbagai perubahan mengikut zaman. Kadang-kadang lawa jugak design baju Melayu yang baru ni, tapi adakalanya memang nampak jelik!

Disebabkan ada perbezaan pendapat, netizen di Twitter buat polls untuk lihat fesyen mana jadi kesukaan masyarakat masa kini. Baju Melayu tradisional ke baju Melayu hipster. Haa korang tengoklah sendiri kat bawah ni… 

sendat tradisi
Sumber: Twitter

 

“Buat rosak Baju Melayu je sampai dah berkolar melekat t*tek tu. Geram tengok” 

Hipster memanglah hipster tapi nampaknya rata-rata memang benci habislah kat baju sebelah kanan tu, iaitu baju Melayu sendat sampai nampak perkara yang tak sepatutnya pada badan lelaki.

Rata-rata netizen tak faham apa motif pakai Baju Melayu sendat yang dah macam swimming suit rupanya. Nak terjun masuk swimming pool kot lepas Solat Jumaat?

nipple nampak dosa
Sumber: Twitter

 

“Terlalu ketat nak dipanggil baju Melayu”

Posting yang sama juga dikongsikan Instagram Makcik Puaka yang juga memuat naik video sekumpulan lelaki berpakaian baju Melayu ketat dan sendat. Emmm tak terkoyak pulak baju tu eh? 

Netizen apa lagi… mulalah membawang macam-macam kan? Siap ada yang terfikir macam agaknya jejaka sado ni bernafas pakai baju macam ni.

WhatsApp Image 2019 02 21 at 17.18.16 1

WhatsApp Image 2019 02 21 at 17.18.16 2
Sumber: Instagram

Apapun admin harap fesyen-fesyen ni patut tone down sikitlah kot. Sebab makin lama macam makin merapulah pulak tengok. 

Baca: “Dah tua nyanyuk sibuk nak gi fashion show” – Pengkritik Fesyen Femes Dikutuk Sebab Hina Orang Gemuk

fesyen