Hari ini perbicaraan bagi kes pengabaian kanak-kanak autistik Zayn Rayyan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya diteruskan.
Terbaru, seorang saksi memberitahu dia melihat dua kanak-kanak bermain berkejaran di Blok R pada hari Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin dilaporkan hilang.
Artikel berkaitan: Saksi Kata Bapa Zayn Rayyan Ucap ‘Celaka, Siapa B*nuh Anak Aku’ Lepas Jumpa Jasad
Artikel berkaitan: Saksi Dedah Riak Wajah Ismanira Tidak Risau, Lapor Polis Kehilangan Zayn Rayyan Lepas 5 Jam
Menurut laporan Berita Harian, saksi pendakwaan ke-12, Siti Natrah Ismail, 68, berkata pada 5 Disember 2023, dia yang ketika itu sedang menyidai kain kira-kira jam 12 tengah hari mendengar seorang budak berpakaian baju sekolah putih dan berseluar hitam menjerit serta berlari.
Difahamkan, wanita itu yang tinggal di tingkat paling bawah apartment itu memaklumkan perkara berkenaan ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin.
Raja Zaizul: Selepas itu apa berlaku?
Raja Zaizul: Dengar budak sekolah menjerit, jerit macam mana?
Siti Natrah: Macam budak-budak main kejar-kejar
Raja Zaizul: Budak yang menjerit ini, nampak tak siapa?
Siti Natrah: Mula-mula saya tak tahu, bila keluar cerita ini, baru saya tahu dia duduk di blok tingkat lain.
Raja Zaizul: Tahu nama dia?
Siti Natrah: Nama saya tidak tahu
Raja Zaizul: Budak dikatakan menjerit, nampak tak pakai baju warna apa?
Siti Natrah: Baju sekolah putih, seluar hitam
Raja Zaizul: Dengar jerit berapa kali?
Siti Natrah: Sekali saja, tapi jerit panjang
Saksi ke-12 itu difahamkan menetap di apartment itu sejak 2004 berkata, bagaimanapun dia tidak nampak muka kedua-dua kanak-kanak itu.
Hari ini merupakan hari keenam prosiding perbicaraan pertuduhan pengabaian dihadapi ibu bapa arwah Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan Ismanira Abdul Manaf, 30, di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.
Sumber: Berita Harian