Siapa followers LM kat sini yang suka makan roti jala? Min rasa hampir kesemua orang suka makan makanan popular Malaysia ni, tambah-tambah pulak dicicah dengan kari panas. Wow memang meleleh air liur lah!
Tapi korang jangan terbantut selera pulak lepas tengok Abang Sajat kita sediakan roti jala homemade khas dari air tangannya sendiri tau! Nak tahu pasaipa… baca kat bawah!
“Aku sebagai anak peniaga roti jala rasa nak menangis dia gulung roti jala macam ni”
Menerusi satu tweet yang viral di Twitter, tersebar video Instagram Sajat kelihatan sedang membuat roti jala bersama kuah kari.
Pada mulanya nampak macam normal, tapi admin terkejut lepas tengok cara Sajat menggulung roti jala tersebut. Hancuq lebuq jat! Dah tak rupa roti jala. Sampai nak menangis anak penjual roti jala melihatnya.
https://twitter.com/iqmlhkimm/status/1112877852603572224?s=12
Ini kat bawah video penuh pembuatan roti jala sambil Sajat bergelek mesra. Amboi happynya dia siap menyanyi lagu!
https://www.instagram.com/p/BvtffwiAKfr/
“Aku penggemar roti jala menangis tengok dia gulung macam tu”
Seperti biasa, apa saja yang dilakukan Sajat pastinya mendapat perhatian dan kali ini memang ramai yang ‘sedih’ dan hampir ‘menangis’ tengok gaya Sajat menggulung roti jala tersebut. Maaf cakap, nampak agak cincai.
“Aku je ke rasa kuah kari nampak macam kuah dal”
Meskipun roti jala tu nampak tak seperti yang disangkakan, admin tetap pujilah usaha Sajat yang sentiasa positif dengan segala apa perkara yang dia lakukan. Sebab tulah kot Sajat ni berjaya dalam perniagaan. Husnudzon ye gais!
Baca: “Tokti versi jantan” – Netizen ‘Murung’ Lepas Dengar Sajat ‘Cover’ Lagu Percayalah