in

“Macam drama Thai” – Dipenjara Kerana Nak Kedudukan Sama Dengan Permaisuri, Gundik Dibebaskan Untuk Bersama Raja Thai di Jerman

Gundik Raja Diampun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suatu ketika dulu, bekas gundik Raja Thailand, Sineenat Wongvajirapakdi pernah menjadi perbualan hangat netizen ramai setelah dilucutkan kesemua gelaran dan anugerah yang dikurniakan kepadanya selepas didakwa ‘bercita-cita tinggi’ untuk menyamai kedudukan Permaisuri Thailand.

5Dadb62C045A312A16473402

Namun tidak disangka-sangka, baru-baru ini, Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn dilaporkan telah memberi pengampunan kepada bekas peneman dirajanya dan menerbangkan wanita tersebut ke Jerman untuk menyertai barisan gundik diraja di sana. 


Menurut Astro AWANI, sejak penularan wabak COVID 19, Raja Thailand telah menghabiskan masanya di hotel bertaraf 4 bintang di Jerman dengan pasukan tentera dan ditemani dengan barisan gundik raja tersebut.

Th1

Maha Vajiralongkorn yang juga dikenali sebagai Raja Rama X itu juga katanya akan ke Lapangan Terbang Munich bagi menjemput bekas gundiknya itu.

Terdahulu, Sineenat pernah dianugerahkan gelaran peneman diraja yang juga dikenali sebagai Koi Wongvajirapakdi dan dikurniakan pada Hari Keputeraan Raja tersebut yang ke-67 pada Julai tahun lepas.

108506611 7C3B1D2C C73A 42Bd 87Ad D42D9Ddfc026

Ia merupakan gelaran pertama yang dianugerahkan kepada peneman diraja sejak kerabat diraja Thailand itu memimpin negara dan mengahwini isteri keempatnya, Permaisuri Suthida pada 2019.

Mungkin cinta berputik kembali? Siapa tahu… 

Baca: “Sedarlah diri tu gundik” – Terlalu Bercita-cita Tinggi & Nak Sabotaj Queen, Ini Kisah Disebalik Gundik Diraja Thai Ditarik Gelaran

Sineenat

Sumber: Insider
Sumber: Zip
Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.