in

“Macam dah dirancang” – Kak KM Terkilan Beg Kena Umpil, Wang Tunai RM 10,000 Lesap Dalam Penerbangan

Ft Liana Rosli Bengang Duit Hilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, dugaan menimpa Kak KM yang terpaksa berputih mata apabila wang tunai berjumlah RM 10,000 dan beg berjenama baharunya lesap ketika berada dalam pesawat dari Jakarta, Indonesia ke Kuala Lumpur pada dua minggu lalu.

Jelas Kak KM lagi, anggaran untuk ketiga-tiga buah beg berjenama baharu itu dianggarkan bernilai RM 16,000.


Artikel Berkaitan : Kak KM Sampai Demam Sebab Isu ‘ Solat Subuh’, Anak Perjelas Ada Pihak Putar Belit Cerita

Artikel Berkaitan : “Malu laaaa wei sibuk sangat masuk campur, nak neraka kan aku la bagai”- Kak KM

Menerusi IG Story miliknya, perkara itu mula disedari selepas dia mendarat di Kuala Lumpur. Dia mendapati bahawa terdapat kesan umpilan pada bagasinya yang disimpan di dalam kabin.

Jelas Kak KM, dia rasakan bahawa perbuatan ini seperti telah dirancang apabila Kak KM diberikan 3 kali minuman sedangkan telah diumumkan bahawa ketika minuman kedua diberikan, pihak mereka tidak dapat sediakan minuman ketiga ekoran cuaca tak baik dan menyukarkan mereka untuk membuat persediaan kerana kapal bergegar.

Tetapi tak sampai 5 minit, minuman ketiga disajikan kepada penumpang, malah, Kak KM yang menempah tempat duduk Hot Seat pelik apabila dia duduk di bahagian depan tetapi beg dia letak di bahagian belakang sekali.

“Aku ni duduk hot seat depan sekali, beg aku ni belakang sekali, dah lah kita masuk last, dah penuh penumpang sampai ke belakang penuh, tinggal aku je berempat yang belum dapat duduk, yang beli hot seat ni.”

“Aku ni perangainya tak nak mengusahkan orang, sedangkan aku ni boleh je maki ni tempat duduk aku, aku patut letak beg atas kepala, siapa punya ni berambus, sepatutnya aku boleh tapi aku ni bukan sekejam itu.”

Jelasnya, urusan jadi semakin susah apabila sampai di Kuala Lumpur dia jadi orang terakhir dapat keluar kerana beg diletakkan di belakang sekali.

Tambahnya, ketika kejadian dia tidak fikir apa-apa ketika itu dan mula dapat sedar seperti ia sudah dirancang selepas difikir semula.

Kak KM turut meluahkan rasa kecewa terhadap syarikat penerbangan tersebut kerana dia menaruh kepercayaaan kepada mereka.

Sumber  : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.