Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial akan kenaikan harga bil elektrik yang melambung gara-gara penggunaan Smart Meter TNB yang baru di rumah masing-masing. Kenaikan bil eletrik ni masih tidak tahu kenapa dan mengapa ia berlaku kerana masih belum ada penjelasan yang tepat mengenai isu ini.

Pun begitu, baru-baru ni seorang netizen ‘terpanggil’ untuk berkongsi tips penjimatan elektrik yang katanya berkesan dalam menurunkan harga bil yang melambung-lambung.
Menerusi perkongsian Facebook tersebut, individu yang memiliki rumah 2 tingkat berhawa dingin ni hanya mempunyai bil kurang daripada RM40-70 sebulan! Wah macam mana dia buat tuuuu.
“Rumah ini dipasang dengan ‘Smart Meter TNB’ pada bulan Februari 2019, bil elektrik terkini rumah saya HANYA SEBANYAK RM62.30”
Menurut individu terbabit, ada 8 tips yang telah dilakukannya dan semua tips tersebut telah terbukti berkesan dalam menurunkan bil elektrik bawah RM100.
Walau bagaimanapun, sebelum korang baca dan hadam tips-tips kat bawah, individu ini ada bagi disclaimer mengatakan ia hanya perkongsian peribadinya dan tak semestinya ia berkesan jugak pada orang lain.


Guna peralatan elektrik ‘5 bintang’, jangan guna pemasak nasi elektrik dan cerek air elektrik

Cabut plug lepas guna alat elektrik, guna ‘Turbine Ventilator’

Tanam banyak pokok di luar rumah untuk turunkan suhu rumah

Bagi min, tips-tips yang diberikan individu ni memang berguna dan boleh diamalkan bagi mereka yang mampu. Cuma….
“Bagi saya kaedah kamu ni langsung takde kena mengena dengan masalah bil elektrik melambung tinggi bulan lepas”
Seperti yang admin cakap tadi, memang diakui tips yang diberikan individu ni bagus cuma ia semacam tak kena dengan masalah yang dihadapi penduduk di Melaka yang menggunakan Smart Meter TNB yang baru ini.
Sebagai contoh, penggunaan pemasak nasi elektrik dan pemanas air elektrik. Ramai yang menganggap perkara ni tak logik kalau mereka nak gantikan barangan elektrik tu dengan masak nasi di dalam periuk pula. Emmm macam agak menyusahkan je..

“Macam bangang je tips ko?”

Apa-apapun min rasa dalam isu ni baiklah kita rujuk kepada TNB dan berharap mereka akan berikan penjelasan segera. Kalau naik setakat 100, 200 tu boleh hadam lagi. Tapi kalau dah melambung bil sampai RM1,000+. Itu agak peliklah kan.
Macam manapun, mana tips yang baik dan sesuai tu kita ambillah. Jangan semua pakat nak kecam.