in

“Macam ada sinar” – Cik Epal Nak Buat Lagu, Kolaborasi Dengan Aepul Roza?

Syaz Ft 2024 10 25T124823.546

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama pempengaruh Cik Epal semakin menjadi perhatian ramai, ia susulan perpisahannya dengan cef piza iaitu Jofliam yang penuh dengan drama.

Bermacam-macam cerita dikeluarkan daripada dua-dua belah pihak dan terbaru Cik Epal memberi bayangan seakan ingin mengeluarkan lagu bersama penyanyi terkenal, Aepul Roza sejurus tamat tempoh iddahnya.


Artikel berkaitan: Cik Epal Berseloroh Mahu Masuk Podcast Kalau Dibayar RM100K, Caprice Cakap Dia ‘Ons’

Artikel berkaitan: “Duda aku spesis rare” – Cik Epal Bengang Bekas Suami Asyik ‘Merentan’

Dalam satu hantaran, Cik Epal bertanya kepada vokalis Drama Band itu untuk melakukan kolaborasi bersama dan permintaan itu tidak ditolak.

Malah, dalam kapsyen hantaran tersebut, Cik Epal juga sempat memerli bekas suaminya yang dikatakan ‘bermanja’ dengan seorang wanita ketika di Milan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06)

“Nampak macam ada sinar ye nak collab. Jangan ada yang meroyan cakap aku tak ada maruah pulak.

Aku tak ada betul kan mana-mana rambut lelaki di Milan. Aku masih lagi di Malaysia tanah air tercintahh,” tulisnya.

Sebelum ini, Cik Epal dan Jofliam sudah sah bercerai selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga bersama, hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.