Abang-abang rider juga boleh dikatakan hero kita, hampir keseluruhan rakyat Malaysia memerlukan khidmat mereka. Mereka ni jugalah antara golongan paling berisiko.
Kesihatan boleh terjejas kerana cuaca tak menentu, malah nyawa mereka juga boleh terancam jika berlaku kemalangan. Jadi mereka juga wajar diberikan penghargaan tinggi kerana sanggup turun padang ketika wabak ini untuk menjalankan tugas dan memastikan kita ni dapat makan.
Muka pucat, luka sana sini but tak henti ckp maaf sbb lambat, maaf sebab buat encik tunggu lama, maaf sebab kotor.”
Rasa kesian bila bcaa perkongsian daripada Aku Ikmal Hanif (@akuikmalhanif) ketika dia melihat keadaan rider GrabFood semasa ingin memberikan makanan yang ditempah.
Melihat keadaan pemandu tersebut, ia seperti tak terurus. Makanan yang di tempahnya dikatakan sampai lambat. Tapi Ikmal tak marah pun sebab…
Aku order grabfood and my rider excident masa nak delivered my food.
Muka pucat, luka sana sini but tak henti ckp maaf sbb lambat, maaf sebab buat encik tunggu lama, maaf sebab kotor.
Sedihnya..semoga our frontliner dilindungi. Maaf abang, sebab saya abg jatuh 😭 pic.twitter.com/blWJwGYKcf
— Aku Ikmal Hanif (@akuikmalhanif) April 16, 2020
Rupa-rupanya makanan dia sampai lambat disebabkan rider GrabFood itu terlibat dalam kemalangan dan dia rasa bersalah sebab lambat buat penghantaran. Allahuakbar.
Ia membuatkan Ikmal rasa sebak ketika kongsikan hal ini di laman Twitternya. Kalau lah admin dapat tengok pun admin sendiri tak dapat tahan sebak.
tapi nasiblah Grab ada menyediakan insurans untuk pekerja mereka. Jadi sekurang-kurang jaga lah juga kebajikan mereka, cuma rasa simpati bila tengok keadaan rider tu.
Bagaimanapun, disebabkan viralnya perkongsian ini dimana meraih hampir 8,000 jumlah retweets sejak dimuat naik semalam ia sampai ke perhatian pihak Grab, dan mereka telah bertindak untuk menjaga rider tersebut.
Semoga abang rider ni cepat sembuh – Grab