Baru berusia sembilan tahun, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, anak kedua kepada pasangan selebriti dan juga usahawan, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, dilihat ligat menerima tempahan kek batik.
Bagaimanapun, Wawa meluahkan kebimbangannya apabila melihat kesihatan Hayla yang mengalami sesak nafas secara tiba-tiba meskipun tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan seperti kahak atau selesema.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Wawa berkata keadaan itu menimbulkan tanda tanya sama ada ia berpunca daripada penyakit ain, iaitu gangguan yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri hati.
Artikel berkaitan: Aeril Zafrel Anggap Insiden Rumah Diceroboh Ada Hikmahnya, Jadi Asbab Terjumpa Barang Sihir
Artikel berkaitan: “Paku, pisau…” – Lebih 10 ‘Bendasing’ Keluar Dari Badan, Aeril Zafrel Kongsi Pernah Disihir
Justeru, Wawa memohon maaf sekiranya perniagaan kek batik yang diusahakan Hayla telah membuatkan sesetengah pihak berasa iri hati.
“Kesian anak mama tak ada kahak pun tapi sesak nafas. Dia kata susah nak bernafas. Wawa pun tak pasti adakah ini yang dinamakan ‘ain’?
“Wawa minta maaf dan ampun sangat-sangat kalau kehadiran kek batik Hayla membuat sesetengah pihak kurang senang,” ujarnya.
Dalam pada itu, Wawa juga bertanya pandangan orang ramai berhubung amalan untuk menghindari diri daripada terkena penyakit tersebut.
Tambah Wawa lagi, dia sukar untuk melakukan promosi jika tidak menggunakan dirinya dan keluarga sebagai muka hadapan produk mereka.
“Jangan cakap jangan posting apa-apa. Sebagai bisnes owner kamilah muka hadapan yang kena promote the business.”
View this post on Instagram
Sebelum ini, Wawa mengakui wujud rasa ragu-ragu untuk membenarkan Hayla untuk terus aktif dalam bidang perniagaan kek batik kerana bimbang kehidupan anaknya tidak sama seperti kanak-kanak lain.
Sumber: Instagram