Pelakon, Harris Annuar yang terkenal menerusi drama Lelaki Kiriman Tuhan baru-baru ini dilaporkan positif Covid-19.
Lelaki yang juga anak kepada usahawan terkenal Kak Ton, telah mengesahkan perkara ini di Instagram peribadinya selepas membuat ujian saringan pertama di sebuah klinik di Shah Alam.
https://www.instagram.com/p/CJnOTLBl3wS/
Dalam perkongsiannya itu, Harris turut memohon maaf dan meminta agar kontak rapat yang telah berjumpa dengannya sejak dua minggu lalu untuk turut menjalani ujian Covid-19 di klinik berdekatan.
https://www.instagram.com/p/CJmi-b3Fhoi/
Siapa-siapa yang kontak rapat dengan Harris selama dua minggu yang terakhir boleh menjalani ujian Covid-19 di klinik berdekatan.
“Setakat ni Harris masih menunggu panggilan rasmi daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.”
https://www.instagram.com/p/CJTJM1flvBP/
Sebelum disahkan positif, Harris ada memuat naik beberapa gambar di Instagram menunjukkan dia ada menyambut sambutan tahun baru di Langkawi.
https://www.instagram.com/p/CJgCyL3F-N-/
Manakala seorang lagi Instafamous, Tajuddin Bakar yang turut berada di Langkawi bersama Harris turut mengesahkan yang dia juga didapati positif Covid-19 selepas melakukan ujian saringan pertama.
https://www.instagram.com/p/CJmsxfysb_v/
Allahu, moga semuanya diberikan kesembuhan.