in

“Luluh hati kenang semua anak ‘pergi’ tinggalkan kami sekelip mata” – Tragedi 3 Beradik Mati Lemas di Pantai Sura

Mati Lemas Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah keadaan yang menimpa keluarga tiga beradik yang dilaporkan mati lemas petang semalam.

Menurut Astro AWANI, dalam kejadian yang berlaku jam 6.40 petang Ahad, tiga beradik ini dilaporkan lemas lepas ditelan ombak besar di Pantai Sura, Dungun, Terengganu. 


 

Mayat terakhir ditemui kurang daripada masa 24 jam

Mayat pertama iaitu Nurain Sofia Zawawi, 8, ditemui terapung kira-kira 5 km daripada lokasi mangsa dilaporkan hilang sekitar jam 7.38 pagi. Manakala mayat kedua, Nurain Salsabila Zawawi, 6, dijumpai pada 9.20 pagi dan mayat terakhir, Nurain Fatma, 10, pula ditemui jam 11.05 pagi tadi.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Sharikan Bustaman, kesemua mangsa berjaya ditemui dalam tempoh kurang 24 jam. Dungun ini katanya ialah kawasan popular untuk bermandi-manda serta memang kerap berlaku kejadian mati lemas di sini. Allahu….

71546237221 Lemas
sumber: astro awani
49213299 2520567734636923 6287284178006310912 N
sumber: facebook

 

“Biarpun sedih, saya kena terima ketentuan ini dengan tabah”

Kejadian yang menimpa 3 beradik telah membuatkan ibu anak-anak tersebut, Nursyahida Abdullah begitu terkesan hingga hampir pengsan, namun berjaya dipapah suaminya Zawawi Wahab selepas menerima berita kejadian.

71546236504 Freesize
sumber: astro awani

Menurut Zawawi, dia menerima berita mengenai kehilangan anak-anaknya tu dalam jam 7 malam semalam.

“Biarpun sedih, saya kena terima ketentuan ini dengan tabah. Insya-Allah anak-anak saya itu akan mendoakan untuk bertemu dengan kami di syurga. 

“Saya dan isteri, Nur Syahida Abdullah, 35, sangat terkejut menerima berita sedih yang menimpa anak kami dan saya tidak putus berdoa supaya mereka ditemui selamat.

“Kali terakhir saya menemui mereka bertiga pada pagi kejadian ketika saya membawa mereka membeli buku pelajaran,” katanya.

49092834 592789391167872 2235918141316136960 N
sumber: facebook

 

Baru pulang bercuti di Hatyai, tak sangka semua ‘pergi’ serentak 

Kata Zawawi lagi, dia telah mengizinkan anak-anak untuk ikut ibu saudara dan beberapa ahli keluarga lain untuk bercuti di Dungun lepas dijemput kawan yang berada di sana. Mereka pulak tak join trip tersebut sebab penat selesai uruskan hal persekolahan anak-anak.

49097697 2520567634636933 2872862190744895488 N
sumber: facebook

Pun begitu, lepas terima berita sedih tersebut, dia dan isteri terus bergegas ke Dungun dan tiba dalam jam 1 pagi.

“Ketika itu luluh hati saya dan isteri apabila mengenangkan kesemua anak saya pergi meninggalkan kami sekaligus dalam sekelip mata.

“Alhamdulillah kesemua anak saya telah dijumpai dan biarpun tidak bernyawa sekurang-kurangnya saya dapat melihat mereka semua,” luah Zawawi.

Lemas
sumber: astro awani

Kami dari Lobak Merah ingin mengucapkan takziah buat keluarga Zawawi atas kejadian yang menimpa. Semoga roh anak-anaknya dicucuri rahmat dan mereka sekeluarga tabah hadapi ujian ini. Al Fatihah… 

Baca: “Saya dah pesan jangan pergi” – Bapa Terkilan Anak Hilang Punca 6 Bomba Lemas

Kesal Bapa Anak Lemas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.