in

Lufthansa Heist: Kisah Disebalik Rompakan Filem ‘Goodfellas’, Berjaya Curi US$6 Juta Dari Lapangan Terbang New York

Lufthansa Heist Robert De Niro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 11 November 1978, sekumpulan perompak telah membuat satu rompakan yang dinamakan ‘Lufthansa heist’ dan berjaya mencuri US$6 juta dari Lapangan Terbang Kennedy, New York iaitu jumlah terbesar yang pernah dicuri di Amerika Syarikat pada ketika itu.

Kisah rompakan ini kemudiannya diabadikan dan dipopularkan oleh Martin Scorcesse dalam filem klasik jenayah Goodfellas. Hingga ke hari ini, lima dekad selepas rompakan tersebut, hanya seorang lelaki sahaja yang pernah dipenjarakan untuk jenayah ini. Kalau korang nak tahu cerita penuhnya, baca dekat bawah ni.


1683039076 Gettyimages 156479024.Jpg

Orang disebalik Lufthansa heist

Lufthansa heist atau jenayah-jenayah sepertinya tak boleh dilakukan dengan cara yang sama hari ini. Tapi pada tahun 1970-an, banyak perkara yang mustahil boleh terjadi gara-gara Mafia.

1970-an dan awal 80-an merupakan kemuncak jenayah di dalam sejarah moden New York dan semuanya ada kena mengena dengan Lima Keluarga Mafia New York iaitu Bonnano, Colombo, Gambino, Genovese dan Lucchese. Kesemua keluarga ini mempunyai kawasan-kawasan mereka sendiri di bandar tersebut dengan seorang dari mereka merupakan dalang kepada jenayah-jenayah besar yang berlaku ketika zaman kegemilangan mereka ini.

Untuk Lufthansa heist, jenayah ini dilakukan oleh keluarga Lucchese terutamanya rakan sekutu mereka Jimmy Burke yang merupakan mastermind-nya.

2Da8Dd0C00000578 3285625 Cousins Valenti Left In An Old Justice Department Photo Said He A 16 1445560775922

Jimmy Burke yang dilakonkan oleh Robert De Niro sebagai Jimmy Conway dalam filem Goodfellas merupakan lelaki Mafia yang lain dari yang lain. Dia merupakan seorang Irish-American dan bukannya Italian-American.

Keturunannya ini bermakna yang dia tak terikat dengan mana-mana keluarga dan membolehkan dia menjadi ejen bebas. Sementara rakan kongsinya yang lain terpaksa terikat dengan keluarga masing-masing, Jimmy Burke mempunyai pilihan untuk bekerja dengan siapa.

Burke telah memilih untuk memberikan kesetiaannya kepada keluarga Lucchese dan mula bekerja di jalanan untuk mereka dan akhirnya dia juga yang telah merancang untuk membuat rompakan Lufthansa.

Rancangan Jimmy Burke untuk merompak di lapangan terbang JFK

A1765586919 65

Rancangan ini telah dibuat di Robert Lounge iaitu satu kedai minuman yang terletak di kawasan kejiranan Ozone Park di Queen dan dimiliki sendiri oleh Burke. Tempat ini telah menjadi sarang jenayah dan tempat segala urusan haram dibuat. Pada satu petang di Robert Lounge, rakan kongsi Burke, Henry Hill telah bertemu dengan Martin Krugman.

Krugman telah memberikan maklumat yang memulakan Lufthansa heist di mana terdapat US$6 juta wang tunai tak dapat dikesan dan barang kemas yang mudah untuk diakses dan dicuri.

Menurut Krugman, dia telah mendapat maklumat ini dari Louis Werner, pekerja di lapangan terbang JFK yang berhutang dengannya. Menurut Werner, terdapat satu peti besi di terminal Lufthansa Airlines yang telah digunakan setiap bulan untuk menyimpan barangan berharga.

Sekali sebulan, jutaan wang Amerika yang tak boleh dikesan hasil dari pertukaran wang yang dibuat oleh pelancong dan askar dari Jerman Barat akan diterbangkan ke JFK. Burke mengetahui bahawa wang ini mudah untuk dicuri kerana ia pernah dilakukan sebelum ini. Beberapa tahun sebelum ini, sebanyak US$22,000 telah dicuri dari peti besi Lufthansa oleh Werner sendiri.

Bagi mendapatkan wang ganjaran yang banyak, Burke bersetuju untuk merancang Lufthansa heist untuk keluarga Lucchese. Dalam masa beberapa bulan, Burke telah membuat perancangan bersama-sama Werner, Krugman dan beberapa orang yang tahu tentang pergerakan di lapangan terbang tersebut dan bagaimana keselamatan di sana dijalankan. Werner juga turut memberikan maklumat kepada Burke tentang dekat mana nak parkir kereta, pukul berapa nak masuk dan berapa lama mereka patut berada di sana.

Screenshot 2024 06 13 At 11.06.03 Am

Sementara itu, Burke mula mengumpulkan orang-orangnya untuk menjalankan rompakan ini iaitu Tommy DeSimone, Angelo Sepe, Louis Cafora, Joe Civitello Sr., Tony Rodriguez, Joseph M. Costa, Joe Manri dan Robert McMahon telah dipilih dari keluarga Lucchese termasuk Paolo LiCasrtri wakil dari keluarga Gambino. Selain itu, Burke turut memilih anaknya sendiri Frank dan seorang rakannya Parnell “Stacks” Edwards untuk menjadi pemandu.

DeSimone, Sepe, Cafora, Civitello, Rodriguez, Costa, Manri, McMahon dan LiCastri telah diarahkan untuk menjalankan rompakan tersebut menggunakan kereta curi Ford Econoline yang dipandu oleh Edwards. Manakala Frank Burke akan menunggu di luar lapangan terbang dan ditugaskan untuk melanggar kereta polis yang cuba untuk ke sana ketika orang-orangnya masih membuat rompakan di dalam.

Beberapa rakan kongsi lain turut diberitahu tentang rancangan ini di mana Paul Vario, bos kecil keluarga Lucchese telah menghantar anak lelakinya Paul untuk memastikan bahagiannya dalam rompakan ini diterima dan Vincent Asaro dari keluarga Bonnano turut diberitahu dan dijanjikan pembayaran memandangkan jenayah tersebut dibuat oleh orang-orang Lucchese di kawasan jagaan Bonnano.

Jimmy Burke pula akan melihat semua ini dari jauh dan bertanggungjawab untuk memastikan semuanya berjalan lancar.

Artikel berkaitan: Matteo Messina Denaro: Kisah Bos Mafia Paling Digeruni Yang Digelar Sebagai ‘The Last Godfather’

Artikel berkaitan: “The Mafia Queen” – Ini Kisah Sebenar Disebalik Watak Filem Netflix ‘Gangubai Kathiawadi’

Macam mana Lufthansa heist dijalankan

Van curi Ford Econoline telah duduk di luar terminal Lufthansa pada awal 11 Disember seperti yang dirancang. Pada jam 3.12 pagi, ejen kargo bernama Kerry Whalen perasan kehadiran kereta ini dan telah pergi dekat untuk siasat. Dia kemudiannya telah dipukul dengan pistol dan dibawa masuk ke dalam van. Dompetnya telah diambil dan keluarganya telah diugut. Tak ada pilihan lain, Whalen terpaksa bersetuju untuk bekerjasama dan bermulalah rompakan ini.

Ketika Whalen ditangkap, seorang lagi ejen telah terdengar kekecohan tersebut dan pergi ke sana untuk menyiasat. Apabila dia masuk ke dalam dok muatan, enam lelaki bersenjata memakai topeng ski telah merempuhnya. Dengan kunci yang diberikan oleh Werner, kumpulan ini telah masuk ke dalam bangunan dan mengumpulkan pekerja-pekerja lain dan masukkan mereka ke dalam satu bilik. Whalen yang telah dipukul dan berdarah turut dibawa bagi menunjukkan yang mereka tak main-main.

Goodfellas Movie.jpeg

Selepas mengumpulkan semua pekerja, salah seorang ahli Lucchese telah mengarahkan ejen kargo untuk memanggil Rudi Elrich. Werner memberitahu, Elrich merupakan satu-satunya lelaki yang mempunyai kod untuk membuka sistem peti besi dua pintu.

Selepas Elrich dipanggil dengan pembohongan mengatakan terdapat masalah teknikal dengan kargo, dia telah dipaksa untuk mengaktifkan pintu tersebut. Elrich terkejut melihat perompak-perompak ini mengetahui maklumat yang banyak mengenai sistem tersebut tanpa mengetahui yang mereka telah diberitahu mengenai sistem tersebut oleh Werner yang mengatakan sekiranya berlaku kesilapan, sistem keselamatan akan diaktifkan dan sekiranya perkara ini berlaku, mereka tak ada peluang untuk melepaskan diri dan pihak polis boleh mengunci keseluruhan lapangan terbang dalam masa kurang dari 90 saat.

Orang-orang Burke kemudiannya telah memaksa Elrich untuk baring di atas lantai sementara mereka memilih kargo-kargo di dalam peti besi tersebut untuk dicuri. Selepas memilih lebih kurang 40 barang, Elrich diarahkan untuk membuka pintu kedua dan barangan mereka dimasukkan ke dalam sebuah bilik.

Selepas selesai, Elrich yang diacukan pistol telah diarahkan untuk masuk ke dalam bilik yang menempatkan semua pekerja tadi. Pada jam 4.16 pagi, kesemua barang curian telah dimasukkan ke dalam van dan pekerja Lufthansa telah diarahkan untuk tidak membuat apa-apa panggilan sehingga jam 4.30 memberikan masa untuk kesemua perompak ini melepaskan diri.

Seperti yang diarahkan, 14 minit kemudian pekerja-pekerja Lufthansa telah memberitahu pihak berkuasa dan bila mereka sampai, kesemua perompak tersebut dah tak ada di tempat kejadian.

Dalam masa 64 minit, rompakan ini selesai dan orang-orang Burke telah berjaya melaksanakan rompakan terbesar di negara tersebut dengan membawa lari wang tunai sebanyak US$5 juta dan barang kemas sebanyak US$1 juta.

Jenayah sempurna mula terbongkar selepas kesilapan yang dibuat oleh Stacks Edwards

Cki6Ih64Rl4Wmfk7Ol2Mfr2Ctm.jpg

Lufthansa heist mungkin boleh menjadi jenayah yang sempurna kalau tak disebabkan oleh kesalahan pentingkan diri seorang lelaki. Pada 13 Disember, dua hari selepas rompakan tersebut, pihak polis telah menerima panggilan dari polis peronda melaporkan satu van besar telah meletakkan kenderaan di tempat larangan di Canarsie, Brooklyn. Menurut pegawai tersebut, kenderaan ini padan dengan penerangan van yang diberikan oleh pekerja Lufthansa.

Pihak polis dan penyiasat telah dipanggil segera ke tempat kejadian dan kereta tersebut telah disita kerana dipercayai merupakan kenderaan yang sama dilihat di JFK. Selepas siasatan lanjut dibuat, mereka menemui yang cap jari pada kenderaan tersebut merupakan milik Parnell Edwards.

Macam mana van tersebut boleh ada dekat sana?

Edwards telah diarahkan untuk melupuskan Ford Econoline selepas kesemua wang tersebut dibawa keluar dari kereta tersebut. Sejurus selepas rompakan tersebut, lelaki ini sepatutnya mengambil van tersebut untuk dibawa ke kedai potong untuk dilupuskan.

Malangnya, Edwards tak mengikut arahan yang diterimanya, ketika dia sepatutnya pergi ke kedai potong yang terletak di New Jersey, Edwards telah membuat lencongan ke rumah teman wanitanya di Canarsie. Ketika dalam perjalanan, dia telah menghisap ganja dan meletakkan van yang sedang diburu polis itu di zon larangan. Selepas dia minum arak di rumah teman wanitanya, Edwards tak sedarkan diri dan terlupa tentang van yang sepatutnya dilupuskan itu.

Ketika mendengar kesalahan yang dibuat oleh Edwards ini, Jimmy Burke membuat keputusan untuk mengawal sendiri perkara ini bagi memastikan kesemua orang-orangnya tak buat kesalahan yang lain atau bercakap dengan polis.

Cara Jimmy Burke selesaikan masalah selepas rompakan

Rbpjjs22Gwivjw6Uify4Nqbydy.jpg

Jadi macam mana Jimmy nak pastikan semua orang tak bersuara mengenai rompakan tersebut? Dengan memastikan yang dia tak kisah siapa yang dia perlu bunuh untuk merahsiakan perkara ini. Lebih-lebih lagi, orang yang dah mati tak boleh bercakap.

Menurut Henry Hill, kesalahan Edwards telah membuatkan Burke cemas. Mana tidaknya, menurut FBI, mereka hanya mengambil masa tiga hari selepas penemuan van tersebut untuk dapat tahu bahawa Burke merupakan dalang disebalik jenayah ini.

Ekoran ini, Burke telah berjanji yang dia akan membunuh sesiapa sahaja yang akan mengaitkan dia dengan Lufthansa heist. Dan ini apa yang dia lakukan.

Edwards, mangsa pertamanya telah dibunuh di rumahnya oleh Tommy DeSimone dan Angelo Sepe. Kemudian, Krugman dan beberapa orang lain turut dibunuh bersama keluarga terdekat mereka. Dalam masa enam bulan, hampir semua yang terlibat dalam rompakan ini telah didapati mati dan hilang termasuk anaknya sendiri Frank Burke.

Pengakhiran Lufthansa heist

Jimmy The Gent Burke

Disebabkan Jimmy Burke telah membunuh hampir semua yang terlibat dalam rompakan tersebut, ini bermakna hampir tiada orang yang boleh dihantar ke penjara sekiranya mereka ditangkap. Sampai sekarang, lebih 40 tahun kemudian, hanya seorang lelaki yang pernah dipenjarakan kerana jenayah ini.

Louis Werner telah ditahan empat bulan selepas rompakan tersebut atas kesalahan memberikan maklumat terminal kepada perompak. Dia telah dituduh pada Mei 1979 dan dihukum penjara selama 15 tahun.

Pada 1980, Henry Hill telah ditahan atas kesalahan penyeludupan dadah, dan kerana takut dibunuh oleh Burke, Hill telah bersetuju untuk menjadi informant bagi mendapatkan perlindungan. Selepas memberikan pelbagai maklumat berharga tentang Burke, Vario dan lain-lain, Hill telah masuk ke dalam Program Perlindungan Saksi dan menghilangkan diri.

Burke dan Vario telah masuk ke penjara atas maklumat yang diberikan oleh Hill, tapi kedua-dua mereka masuk ke dalam penjara bukan sebab rompakan Lufthansa. Mereka berdua meninggal dunia di dalam penjara, Vario mati pada 1988 dan Burke pada 1996.

Pada 2014, 36 tahun selepas Lufthansa heist, satu lagi tangkapan telah dibuat melibatkan Vincent Asaro dari keluarga Bonnano di usia 78 tahun. Asaro telah dibicarakan dan tak mengaku bersalah terlibat dalam rompakan tersebut, dakwaan ini turut dipertahankan oleh Henry Hill sebelum kematiannya pada 2012.

Asaro telah didapati tak bersalah atas semua dakwaan tersebut dan dibebaskan. Tapi, pada tahun 2017, Asaro ditahan sekali lagi atas kesalahan jalan raya dan dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun.

Sumber: ati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.