in

Lucinta Luna Buat ‘Plastic Surgery’ di Korea, Ingin Ubah Wajah Jadi Lisa Blackpink

Lucinta Luna Nak Ubah Wajah Jadi Lisa Blackpink

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah menggemparkan media sosial dengan berita kononnya beliau hamil walaupun seorang transgender, influencer terkenal Indonesia, Lucinta Luna baru-baru ini mendapat perhatian ramai kerana dikatakan sanggup ke Korea Selatan bagi melakukan pembedahan plastik.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Lucinta memberitahu yang dia baru sahaja selesai menjalani prosedur pembedahan pada 23 Mac lalu.


https://www.instagram.com/p/CbbwXouLlGy/

Goodbye Lucinta Luna,” tulisnya.

 

Nak ubah muka jadi Lisa Blackpink?

Menurut mStar, Lucinta juga dikatakan ingin menukar wajahnya menjadi mirip penyanyi K-pop terkenal, Lisa Blackpink.

Dia juga sebelum ini pernah bertanya kepada peminat tentang wajah selebriti Korea Selatan manakah yang paling sesuai dijadikan rujukan sebelum dia memuat naik video Lisa dan menggelarkan dirinya sebagai ‘Lucinta Blackpanter’. Amboi… 

Dalam pada itu, Lucinta menerusi akaun Instagramnya dilihat menjalani kehidupan seperti biasa meskipun dalam keadaan wajahnya yang masih berbalut.

https://www.instagram.com/p/Cbzw47glula/

Lucinta juga telah memuatnaik video proses pembedahannya semasa di Korea di Youtube dan menggelarkan proses itu sebagai ‘Ratu Keabadian head change‘.

https://www.instagram.com/p/Cb4Nz-yF8TC/

Haih macam-macamlah Lucinta ni. Nanti kita tengok wajahnya ada iras-iras Lisa Blackpink ke tak. 

Baca: “Saja nak naikkan nama” – Lucinta Luna Mengaku Tipu Kehamilan Untuk Raih Populariti

Lucinta Hamil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.