Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan badan yang terpenting dalam kerajaan Malaysia kerana mereka memastikan keselamatan serta kesejahteraan kita semua.
Namun, semalam tular sebuah video yang memaparkan individu yang dipercayai seorang pegawai polis bertindak memaki serta merendah-rendahkan anggota yang lebih rendah pangkatnya.
Merujuk kepada laporan polis yang diterima, difahamkan anggota polis itu pergi ke lokasi kejadian atas aduan awam yang memberitahu terdapat seorang individu wanita menyamar sebagai polis di Gombak, Kuala Lumpur.
Setibanya di lokasi kejadian, wanita tersebut serta pengadu sudah berada di medan selera tersebut, difahamkan wanita yang menyamar itu ingin mengutip hutang lama dari pengadu.
Namun, apabila anggota polis berkenaan meminta kad kuasa wanita berkenaan, dia hanya memberikan kad pengenalan dan mengaku dirinya pegawai kanan polis dari Bukit Aman serta mula memaki hamun anggota polis berkenaan.
“Kad kuasa kau tak ada. Kau tak layak ambil IC dan kad kuasa aku lah.
Lu pangkat Lans Koperal saja, bukan OCPD. Kau tak layak lah, kau pangkat kecil dari aku lah. Kau bukan OCPD lah nak bercakap dengan aku. Pangkat dahlah rendah,” katanya.
Lalu wanita itu beredar dengan menyatakan dia tidak takut jika kedua-dua anggota itu membuat laporan berkenaan dirinya.
Setakat artikel ini ditulis, tiada lagi kenyataan daripada pihak polis berkenaan video yang tular itu.
Baca: Baling Batu ‘Suka-Suka’ Ke Arah Kenderaan, 5 Remaja Ditahan Polis