in

LRT Laluan Kelana Jaya Sudah Boleh Beroperasi Sepenuhnya – Menteri Pengangkutan

rapid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini mengesahkan bahawa Operasi Transit Aliran Ringan (LRT) untuk laluan Kelana Jaya kini sudah pulih sepenuhnya dan sudah beroperasi seperti biasa pada jam 3.45 petang tadi.

Ia susulan kerja-kerja pemulihan dan pemeriksaan yang dilakukan oleh pasukan pemulihan Rapid Rail Sdn. Bhd sejak hari kejadian telah diselesaikan, lapor Kosmo!


 

Seramai 367 petugas dari Pasukan Pemulihan Rapid Rail bertungkus lumus melakukan kerja-kerja pembaikan selama 24 jam sehari dengan tiga shif.”

WhatsApp Image 2020 08 14 at 7.55.06 PM 1024x710 1

Katanya lagi, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) juga telah mengeluarkan kelulusan pada pukul 3 petang tadi untuk membolehkan operasi tren berjalan seperti biasa.

Tambahnya, semua 58 tren  laluan Kelana Jaya akan digunakan dengan muatan 50 peratus berdasarkan prosedur operasi standard (SOP).

“Kita juga akan membuka dua landasan berbanding satu landasan sebelum ini membabitkan stesen dari Damai hingga ke Pasar Seni bagi mengelakkan kelewatan di waktu puncak.

“Sebelum ini, frekuensi tidak mencukupi kerana kita berlandaskan satu landasan di laluan tersebut menyebabkan berlaku sedikit kelewatan.” katanya.

Insiden nahas LRT yang berlaku baru-baru ini telah mengundang kegusaran orang ramai, namun begitu, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata pihaknya telah memberikan  memberikan jaminan keselamatan kepada penumpang yang mengunakan perkhidmatan tersebut.

Jelasnya lagi,  aspek keselamatan diambil kira dan pihaknya sentiasa memperbaiki kelancaran operasi untuk mudahkan semua pihak.

 

Baca : Mangsa Nahas LRT Boleh Tuntut PERKESO

PERKESO

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.