in

Lonjakan Kes COVID-19, Korea Selatan Larang Perhimpunan Ramai & Tutup Kelab Malam

Untitled Collage 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korea Selatan dilapor mula menutup gereja dan kelab malam, selain mengenakan sekatan ke atas sebarang perhimpunan besar-besaran. Malah orang ramai juga dilarang daripada menghadiri sebarang acara sukan.


The Telegraph melaporkan, sekatan terbaharu itu dibuat susulan peningkatan angka tiga digit kes jangkitan COVID-19 dalam tempoh sembilan hari berturut-turut — sekali gus menimbulkan kebimbangan pasukan kesihatan negara itu.

Pengumuman larangan itu dibuat Menteri Kesihatan Korea Selatan, Park Neung-hoo — selepas Pusat Kawalan & Pencegahan Penyakit Korea merekodkan 332 kes jangkitan baharu, menjadikan angka keseluruhan kes sebanyak 17,002 kes.

Skynews Coronavirus South Korea 4988643

Park juga memberi amaran, negara itu kini berada dalam situasi membahayakan dan ledakan penularan jangkitan secara besar-besaran boleh berlaku pada bila-bila masa sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah pencegahan segera.

Jelasnya, kes jangkitan Korea Selatan mula mencecah 100 pada 15 Ogos lalu dan ia berterusan meningkat melepasi 300 kes hanya dalam tempoh seminggu.

Susulan itu juga, perintah penjarakan sosial tahap dua akan dikuatkuasakan di seluruh negara meliputi keseluruhan bandar dan daerah di Korea Selatan.

 

Baca: “Kita ambil sebagai iktibar” – Korea Selatan Sahkan Mereka Sedang Hadapi Gelombang Kedua COVID-19!

1 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.