in

London Nak Buka Muzium Vagina Untuk Bantu Wanita Hargai Tubuh Badan Mereka?

f

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang nak tahu, ramai wanita dan lelaki takut untuk dapatkan rawatan di klinik atau hospital kalau mereka alami masalah di bahagian alat sulit sebab mereka malu atau tak confident dengan bentuk tubuh badan mereka.

Perkara ni tak sepatutnya berlaku. Sebabkan ini, kerajaan sampai menawarkan rawatan pap smear percuma kepada wanita sebagai salah satu usaha mereka untuk mengubah stigma masyarakat.


Namun di London lain pula caranya. Seorang YouTuber sains Florence Schechter yang terkenal kerana gemar bercakap tentang badan manusia lebih-lebih lagi tentang faraj wanita merasakan London patut membuka muzium pertama di dunia yang pamerkan vagina.

207e90 9f19165530964703a04b3c0ec31aa5a2mv2 d 3314 2774 s 4 2

Menerusi temubual bersama Pink Parcel, Florence mengatakan dia mahu buka muzium ini kerana dia selalu menghadapi kesukaran untuk mencari maklumat tentang alat kelamin wanita berbanding lelaki.

“Kawan saya melawat Iceland dan di sana mereka ada Penis Museum, jadi saya fikir, mesti ada Vagina Museum dekat mana-mana, tapi bila saya cari, satu pun saya tak jumpa.

“Jadi, daripada saya kecewa sebab tak ada maklumat tentang vagina, baik saya buka sendiri muzium vagina.”

Florence mahu membuka satu ruang yang boleh mengumpulkan golongan muda atau tua bagi mengetengahkan isu-isu sensitif seperti penderaan domestik, rogol dan kesihatan seksual.

vag feature

“Muzium ini penting kerana vagina adalah bahagian badan yang sering distigmakan hingga menjadi masalah pada wanita.”

Kalau korang nak tahu, satu dari empat wanita rasa awkward untuk buat pemeriksaan ginekologi atau kanser servik. Negara maju pun ramai yang malu, dekat sini apa tah lagi kan?

Muzium vagina ini juga adalah mesra kanak-kanak kerana wanita ini mahu galakkan kanak-kanak untuk kenal tubuh badan dari usia awal.

Kalau mereka malu dengan tubuh badan mereka, ia jadi lebih susah untuk mereka bercakap tentangnya.”

Muzium Vagina ini dikatakan akan dibuka pada bulan November di tengah Kota London bagaimanapun lokasi kekal akan ditetapkan kemudian. Florence kini sedang mengumpul dana untuk bangunan ini.

Dekat Malaysia pun perkara macam ni masih lagi tabu untuk dibincangkan depan-depan. So, korang rasa patut tak kalau kita pun buat muzium macam ni?

 

Baca: Catacombs of the Capuchins : Muzium Mayat REAL & SEMPURNA Yang Masih Simpan Misteri Sehingga Kini.

Screenshot 2019 04 18 at 1.13.46 PM

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.