Setiap hari mesti ada je kan cerita-cerita viral yang berlaku di Malaysia sampai kadang-kadang susah betul nak kita nak ikuti semua. Tapi pada masa yang sama kita pun tak naklah terlepas isu-isu semasa yang tengah berlaku sekarang ni kan?
Jadi macam biasa, #LobakMerahTOP7 akan senaraikan berita-berita hangat, sensasi dan viral yang berlaku pada minggu ini supaya korang sentiasa up-to-date dengan isu semasa yang berlaku di Malaysia sekarang.
1. Nama artis Malaysia turut terpalit dalam senarai #Blockout2024
Baru-baru ini, pengguna-pengguna TikTok di luar negara telah menjalankan satu gerakan yang bernama #Blockout2024. Gerakan terbaru ini telah menyenaraikan nama-nama selebriti Hollywood yang enggan menggunakan platform mereka untuk mengecam kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.
#Blockout2024 ini telah membuatkan netizen di Malaysia turut terpanggil untuk membuat perkara yang sama dan telah menyenaraikan beberapa artis dan pempengaruh Malaysia yang tidak bersuara mengenai kekejaman zionis serta masih mempromosikan jenama yang dikaitkan dengan Israel.
Beberapa nama artis dan pempengaruh terkenal telah dimasukkan ke dalam senarai #Blockout2024 ini antaranya termasuklah Awal Ashaari, Scha Al-Yahya, Daiyan Trisha, Nadhir Nasar, Ning Baizura, Dahlia Rizal, Azfarheri dan ramai lagi.
Disebabkan ini, beberapa artis telah mengeluarkan kenyataan mengenai perkara tersebut dan baru-baru ini, Daiyan Trisha mengumumkan yang dia telah pun menamatkan kontrak dengan jenama-jenama yang dikaitkan dengan Israel.
Artikel berkaitan: 5 Artis Malaysia Yang Bersuara Lepas Nama Dimasukkan Dalam #Blockout2024
2. Masak di stesen minyak Genting Highlands
memang lah polis datang dah kalau kau masak kat stesen minyak , benak level apa ni sial pic.twitter.com/essjN10RNQ
— maya – 樂¹⁷ ? (@cheolryberry) May 13, 2024
Baru-baru ini, satu video tular di TikTok menunjukkan sekumpulan individu telah berkelah di salah sebuah stesen minyak di Genting Highlands.
Namun tindakan mereka ini telah dikecam oleh ramai netizen ekoran dalam video yang dimuatnaik, dapat dilihat kumpulan ini turut memasak menggunakan dapur gas di tempat mudah terbakar itu.
Ekoran ini, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar dalam satu kenyataan berkata, polis menerima aduan berhubung perkara ituMangsa selalu berulang-alik dari Politeknik ke rumah kerana menjaga ibu bapanya. Ibu mangsa mempunyai masalah tulang belakang akibat kemalangan manakala bapa mangsa tidak sihat dan perlukan rawatan dialisis.berdasarkan rakaman video yang tular mengenai tindakan memasak di SEBUAH stesen minyak. Tindakan itu telah menimbulkan kebimbangan dan kegusaran masyarakat kerana ia berbahaya.
Sehubungan itu, katanya polis membuka kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu satu kesalahan menyebabkan kegusaran am kepada orang awam.
Artikel berkaitan: “Healing apa?” – Netizen Bengang Tengok Beberapa Individu Masak Di Stesen Minyak Genting Highland
3. Bro muka gangster selamat bernikah dengan wanita pilihan
@mukagangster Muka Gangster Akad Nikah #mukagangster #maktitew #ipohperak #mikhael #fyp #anakmak #janggut @Murni Azwa ❤️ @Mak Titew #ipohperak
Seorang pengguna TikTok mualaf terkenal yang menggunakan nama ‘Muka Gangster’ baru-baru ini telah pun selamat bernikah dengan wanita pilihannya.
Muhammad Mikhael Sathayah memuat naik video pernikahan mereka berwalikan bapa pengantin perempuan dan telah diadakan dalam sebuah majlis yang dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.
Dalam perkongsian tersebut, Mikhael sah menjadi suami kepada isterinya Murni Azwa Dahalan dengan sekali lafaz, menyerahkan mas kahwin bernilai RM5,000.
Mikhael dilihat segak mengenakan sepersalinan baju Melayu putih lengkap bersongkok dan bersamping dipadankan dengan Murni Azwa yang manis berbusana baju kurung moden.
Artikel berkaitan: “Selamat pengantin baru!” – Bro ‘Muka Gangster’ Sah Bergelar Suami, Beri Mas Kahwin RM5,000
4. Atlet kayak ditidurkan lepas dilanggar dan diseret sejauh 600M
Seorang atlet kayak kebangsaan menjadi mangsa kemalangan ngeri didakwa berpunca daripada seorang pemandu yang dipercayai mabuk.
Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah pada Sabtu lalu di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL), Johor dalam perjalanan ke Southkey.
Difahamkan, saksi yang mempunyai rakaman kejadian memberitahu, sebuah kereta disyaki dipandu dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum melanggar dan menyeret atlet tersebut sejauh lebih kurang 600M.
Mangsa selalu berulang-alik dari Politeknik ke rumah kerana menjaga ibu bapanya. Ibu mangsa mempunyai masalah tulang belakang akibat kemalangan manakala bapa mangsa tidak sihat dan perlukan rawatan dialisis.
Masyitah yang berada dalam keadaan kritikal selepas kemalangan tersebut kini ditidurkan selepas menjalani pembedahan selama 5 jam di sebuah hospital swasta.
Dalam pada itu, suspek yang merupakan pembantu penyelia kilang, R Dhinesh mengaku tidak bersalah. Dia telah didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kecederaan.
Artikel berkaitan: Atlet Kayak Kebangsaan Ditidurkan, Suspek Mengaku Tak Bersalah
5. Muat naik video ‘intim’, netizen tertanya status sebenar View Chin dan Mira
View this post on Instagram
Baru-baru ini, View Chin ada memuat naik satu video yang memaparkan dia bersama-sama Mira berbaring di atas sebuah katil.
Dalam video itu, Mira digambarkan bermimpi mengenai View Chin yang curang ketika sedang tidur. Disebabkan mimpi tersebut, Mira dilihat merajuk dan marah dengan View Chin.
Video tersebut telah mendapat perhatian netizen yang mempersoalkan status hubungan mereka dan turut meminta View Chin dan Mira menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan fitnah.
6. Adun Merlimau mengamuk dengan JAIM
@drakmalsaleh Tidak boleh saya terima apabila anak2 kita terpaksa belajar di lantai akibat tiada meja & kerusi Bila mana proses birokrasi menyusahkan rakyat inilah akibatnya #drakmalsaleh
Baru-baru ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh telah memuat naik video menunjukkan dia telah mengadakan lawatan mengejut ke sekolah berkenaan selepas menerima aduan daripada ibu bapa murid terbabit.
ADUN ini berasa terkilan apabila melihat keadaan murid duduk di atas lantai yang hanya beralaskan tikar getar di dalam kelas.
Akmal kemudiannya telah meminta penjelasan dari wakil Jabatan Agama Islam Melaka mengenai perkara tersebut memandangkan peruntukan telah pun diluluskan sejak hujung tahun lalu.
Namun wakil JAIM telah memberikan banyak alasan dan meminta masa selama tiga bulan lagi untuk selesaikan isu terbabit.
Selepas video tersebut tular, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman memberi jaminan bahawa masalah itu akan selesai dalam masa terdekat. Selain itu, Rahmad menjelaskan, keadaan murid yang terpaksa duduk di atas lantai hanyalah bersifat sementara kerana kelas tersebut baru dibuka sebulan lalu berikutan pertambahan jumlah pelajar di sekolah itu.
Terbaru, ADUN Merlimau ini dilihat sudah membeli kerusi dan meja baru buat pelajar-pelajar di sekolah tersebut.
Menurut Dr Akmal juga, isu ini telah diselesaikan dalam tempoh 24 jam dan tidak perlu menunggu selama lapan bulan melayan proses birokrasi yang melampau.
Artikel berkaitan: “Ustaz tak kesian ke?” – ADUN Merlimau ‘Mengamuk’, Setahun Murid Sekolah Belajar Atas Lantai
7. Balai polis diserang kumpulan Jemaah Islamiyah, dua anggota terkorban
Balai Polis Ulu Tiram, Johor digemparkan dengan serangan berdarah pada awal pagi tadi sehingga mengakibatkan dua anggota polis terkorban dan seorang cedera.
Terbaharu, suspek yang turut maut dalam insiden tersebut, dipercayai mempunyai kaitan dengan anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI).
Menurut kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, suspek yang berusia 34 tahun itu dikatakan sudah bersedia untuk bertempur dengan polis ketika kejadian berlaku.
Susulan kejadian itu, polis telah menyerbu rumah keluarga lelaki berkenaan di Ulu Tiram dan pemeriksaan mendapati ada beberapa maklumat berkait kumpulan JI di kediaman berkenaan.
Kesemua lima ahli keluarga suspek yang dipercayai anggota serpihan JI ditahan untuk siasatan lanjut. Mereka berusia antara 15 tahun hingga 62 tahun.
Artikel berkaitan: Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram, KPN Sahkan Suspek Merupakan Anggota JI