in

#LobakMerahTOP5: Rangkuman Kisah Paling Viral & Sensasi Minggu Ini, Korang Dah Baca Belum?

collage 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap hari mesti ada je kan cerita-cerita viral yang berlaku di Malaysia sampai kadang-kadang susah betul nak keep up.

Tapi pada masa yang sama mesti korang pun nak tahu apa isu-isu semasa yang tengah berlaku sekarang kan?


Jadi macam biasa, #LobakMerahTop5 akan senaraikan berita-berita hangat, sensasi dan viral yang berlaku pada minggu ini supaya korang sentiasa up-to-date dengan isu semasa yang berlaku di Malaysia. Joms!

1. Gempa bumi di Jepun

1893381821 ae62aa

Ketika kita sedang menyambut tahun baru, penduduk di Jepun telah ditimpa gempa bumi sekuat 7.6 skala richter sehingga mencetuskan amaran tsunami di Ishikawa, Jepun.

Setakat hari ini, seramai 92 orang telah dilaporkan meninggal dunia akibat dari gempa bumi yang berlaku ini dan gegaran susulan juga berterusan berlaku beberapa hari selepas letusan pertama berlaku.

Disebabkan ini, ribuan penduduk di Ishikawa telah meninggalkan rumah mereka dan beberapa kejadian tanah runtuh dan kebakaran turut berlaku di beberapa kawasan kesan dari gempa bumi tersebut.

Artikel berkaitan: “Paling Kuat Selama Lebih 4 Dekad” – Ini Apa Korang Perlu Tahu Tentang Gempa Bumi Yang Berlaku Di Jepun Sekarang

2. Azar Azmi hilang tanpa jejak?

azar

Pelakon dan bekas peserta Dewi Remaja, Azar Azmi dikatakan telah menghilangkan diri. Kehilangannya ini bukan sahaja disedari oleh peminatnya malah di kalangan artis.

Menurut Hafreez Adam yang pernah menjalinkan hubungan dengan Azar sekitar tahun 2021, kali terakhir dia bertemu dengan pelakon itu adalah pada September tahun lalu.

Selain itu, mesej-mesej dari rakan artis dan produksi juga tidak dibalas dan usaha untuk menjejak keluarga Azar turut dikatakan sia-sia.

Hafreez turut memberitahu bahawa, rakan artis, Janna Nick pernah memberitahu bahawa dia telah mendapat mesej dari Azar mengatakan yang dia telah melihat Janna sedang bersenam namun pelakon itu enggan bertemu dengannya. Tak cukup dengan itu, salah seorang peminat juga turut pernah terserempak dengan Azar di stadium.

Namun begitu, sehingga sekarang masih tiada sebarang update mengenai pelakon ini dan Instagram yang lama tidak dikemaskini juga turut dipenuhi dengan soalan-soalan peminat yang bimbangkan keadaan Azar.

Artikel berkaitan: Azar Azmi Didakwa ‘Hilang’, Mesej Dengan Hafreez Adam Pun Tak Balas?

3. Pelakon larikan diri lepas minta pelajar gugurkan kandungan?

Screenshot 2024 01 04 115510.jpg 1

Seorang wanita yang merupakan penuntut universiti swasta berusia 21 tahun mendakwa seorang pelakon terkenal telah menghamilkannya namun menghilangkan diri selepas meminta wanita tersebut menggugurkan kandungan.

Menurut wanita tersebut, sebelum ini dia telah pun membuat laporan polis, namun menarik balik dan bersetuju untuk gugurkan kandungan selepas dipujuk oleh pelakon itu yang berjanji untuk menjaganya.

Wanita yang tidak mahu mendedahkan namanya, dia kini terpaksa menanggung kesakitan akibat jangkitan di bahagian rahim selepas menggugurkan kandungan pada Oktober lepas.

Pelajar ini turut menjelaskan bahawa tujuannya mendedahkan perkara ini bukanlah untuk menjadi isteri pelakon tersebut tapi mahu lelaki itu bertanggungjawab atas perbuatannya.

Artikel berkaitan: “Termakan pujuk rayu dia” – Pelakon Didakwa ‘Cabut Lari’ Lepas Paksa Pelajar Wanita Gugur Kandungan

4. Pelanggan dakwa terima layanan teruk di restoran Pak Mat Western

Pak Mat western Bukit Mertajam.jpg

Baru-baru ini, satu video tular di media sosial menunjukkan seorang individu telah membuat aduan mengatakan bahawa dia telah menerima layanan yang teruk dari jenama makanan sejuk beku Pak Mat Western.

Menurut individu tersebut, dia telah dilayan dengan teruk oleh pekerja Pak Mat Western ketika mengunjungi salah satu cawangan restorannya. Pelanggan ini mendakwa, pelayan tersebut telah buat muka menyampah ketika ditegur kerana menghantar pesanan yang salah malah turut dimarahi kerana tak tahu prosedur untuk pesan makanan di sana.

Artikel berkaitan: “Jawab pun sarkastik” – Pelanggan Dakwa Layanan Restoran Pak Mat Western Tak Seindah Marketing

5. Ada yang tak puas hati dengan gerakan #GengSubuhMacamJumaat?

Untitled design 2024 01 02T125512.295

Penghujung tahun lepas, pelakon Alif Satar telah menjalankan satu kempen yang mengajak orang ramai untuk mula berjemaah waktu subuh di surau dan masjid dengan menggunakan nama #GengSubuhMacamJumaat.

Inisiatif Alif Satar untuk mengajak orang ramai mengimarahkan masjid dan surau pada waktu Subuh ini telah mendapat sambutan yang hangat sehinggakan ketika sambutan tahun baru, seramai 3000 orang telah berkumpul untuk solat subuh berjemaah.

Pun begitu, di media sosial ada beberapa suara yang tak puas hati dengan gerakan yang dijalankan oleh pelakon ini dan menganggap #GengSubuhMacamJumaat ini hanya berjaya kerana statusnya sebagai selebriti.

Bercakap mengenai perkara ini, Alif mengatakan yang dia enggan mengambil pusing dengan pandangan negatif segelintir orang mengenai kempennya itu kerana niatnya hanya untuk Allah SWT.

Lah, baguslah kalau status selebriti dia dapat buat orang ramai join, benda baik ni!

Artikel berkaitan: Ada Yang Kurang Senang Usaha Ajak Subuh Macam Jumaat, Ini Respon Alif Satar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.