in

#LobakMerahTOP5: Rangkuman Kisah Paling Viral & Sensasi Minggu Ini, Korang Dah Baca Belum?

collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman media sosial ni memang banyak betul benda-benda yang senang sangat untuk jadi isu besar dan viral kan? Kadang-kadang tu memang tak menang tangan nak ikut satu per satu.

Kalau korang boleh relate dengan benda ni, korang memang kena baca #LobakMerahTOP5 yang akan merangkumkan kisah paling viral dan sensasi yang berlaku pada minggu ini. Jom tengok!


1. Video live Suhaimi Saad viral balik

Pada 15 November lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pemergian bekas penyanyi kumpulan In-Team Suhaimi Saad yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Untuk pengetahuan korang, sepanjang kehidupannya Suhaimi Saad sering membuat live dan berkongsikan cerita dan ilmu kepada penonton-penontonnya bersama dengan isterinya Ina Naim.

Baru-baru ini, salah satu video live Suhaimi Saad kembali tular di mana Suhaimi telah kongsikan bibit awal perkenalannya dengan Nurdiana Naim atau Ina Naim.

@dianasewhappy

Teringat tengok dorang live. SS puji aje Ina masa ni. Arwah siap ingat semua details dari awal kenal sampai la dorang nikah. Kita layan sambil menjahit plus blushing sekali ? semoga arwah tenang di tempat baru dan semoga ina dan anak2 kuat semangat ya. #suhaimisaad

♬ original sound – Diana G. – ???ℕ?

Artikel berkaitan: Live Suhaimi Saad Kembali Viral, Kongsi Detik Perkenalan Dengan Ina Naim Hingga Berkahwin

2. Pekerja pakai tanda salib diberhentikan lepas video tular

Satu kedai roti viral di Bukit Bintang bernama Mon Chinese Beef Roti telah menerima kecaman ramai selepas satu video tular menunjukkan salah seorang pekerjanya dilihat telah memakai rantai salib.

Ekoran dari ini, pihak pengurusan restoran tersebut telah mengambil tindakan untuk memecat pekerja tersebut sekaligus meminta maaf kepada pelanggan-pelanggannya.

Pun begitu, netizen berbelah bahagi dengan tindakan ini, ada yang menyokong dan ada juga yang kesian dengan nasib pekerja tersebut.

Screenshot 2023 11 20 122738.jpg

Artikel berkaitan: Tular Pekerja Pakai Tanda Salib, Pengurusan Dakwa Kakitangan Tersebut Sudah Diberhentikan

3. Budak Korea raih simpati, diabai ibu sendiri

Baru-baru ini tular satu klip potongan video daripada sebuah rancangan dari Korea Selatan, ‘My Golden Kids’ yang memaparkan seorang budak lelaki meluahkan rasa sedihnya diabaikan oleh ibu dan bapanya.

Dalam video tersebut, kanak-kanak lelaki yang bernama Geum Ji Eun telah meluahkan rasa kecewanya kerana tak diberikan perhatian oleh ibunya serta mengatakan bahawa dia sering bermain seorang diri.

Video ini jelasnya telah menyentuh hati netizen di seluruh dunia yang rata-ratanya mahu ibu bapa kanak-kanak ini lebih memberikan perhatian kepadanya dan tidak dibiarkan bersedih seorang diri.

Artikel berkaitan: “Kesiannya dia..” – Netizen Sedih Tengok Budak Korea Cerita Diabaikan Oleh Ibu Bapa

4. Konsert Coldplay

Screenshot 2023 11 24 at 4.44.47 PM

Rabu lalu, kumpulan popular Coldplay telah bermain buat pertama kalinya di Malaysia untuk siri jelajah Sphere of The World.

Kedatangan Coldplay ke Malaysia ini telah mendapat perhatian ramai orang sehingga turut mencetuskan beberapa kontroversi politik dan isu semasa.

Pun begitu, persembahan tersebut dianggap sebagai satu persembahan berjaya dan kumpulan ini juga turut berjaya memecah rekod sebagai persembahan dengan penonton teramai yang pernah dibuat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

5. Kontroversi Makcik Kemboja

Screenshot 2023 11 21 at 8

Fuh, sejak video seorang wanita yang dikenali sebagai Makcik Kemboja, usahawan yang telah mengeluarkan kenyataan melabel orang Melayu malas tular di media sosial, makin banyak isu bersilih ganti tentang dia muncul.

Salah satunya apabila bekas rakan kongsi usahawan ini mengatakan bahawa banyak stok barangan yang tidak terjual gara-gara sikap lepas tangannya.

Tak cukup dengan itu, seorang lelaki yang mendakwa anak kepada Makcik Kemboja ini telah memuat naik video di TikTok mencabar netizen untuk bersemuka dengannya di kilang mereka. Ah sudah…

Sebelum ini, Makcik Kemboja yang memiliki sebuah gedung tekstil dan menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor itu juga telah membuat permohonan maaf selepas isu berkenaan viral sehingga mendapat perhatian TMJ.

Artikel berkaitan: “Rosak nama negara say” – Individu Dakwa ‘Makcik Kemboja’ Bukan Orang Asal Kemboja?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.