in

#LobakMerahTOP5: Rangkuman Kisah Paling Viral & Sensasi Minggu Ini, Korang Dah Baca Belum?

Collage 49

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap hari mesti ada je kan cerita-cerita viral yang berlaku di Malaysia sampai kadang-kadang susah betul kita nak ikuti semua. Tapi pada masa yang sama kita pun tak naklah terlepas isu-isu semasa yang tengah berlaku sekarang ni kan?

Jadi macam biasa, #LobakMerahTOP5 akan senaraikan berita-berita hangat, sensasi dan viral yang berlaku pada minggu ini supaya korang sentiasa up-to-date dengan isu semasa yang berlaku di Malaysia sekarang.


1. Influencer kena kecam buat live di sungai

Screenshot 2024 08 30 At 5.08.47 Pm

Baru-baru ni, satu video tular di TikTok menunjukkan sekumpulan pempengaruh telah membuat live di sungai sehingga mengganggu ketenteraman awam. Dikatakan, ekoran tindakan mereka yang membuat bising di tempat awam itu telah membuatkan ramai pengunjung di sungai tersebut rasa terganggu.

Malah netizen di ruangan komen juga turut bersetuju dengan perkara ini. Menurut mereka, tujuan untuk pergi ke sungai adalah untuk mencari ketenangan dan bukan untuk menghadap bunyi bising orang terjerit-jerit buat content.

Disebabkan ini, TikToker berkenaan telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka melalui akaun TikTok @syakirbelon4.0. Dalam video tersebut, Syakir menyedari kesilapannya membuat live TikTok di tempat awam sehingga orang sekeliling rasa terganggu dan tidak selesa.

Namun begitu, Syakir turut terkilan dengan komen netizen yang telah menyindir tubuh badannya yang agak besar namun dengan cara berniaga di TikTok itulah salah satu punca rezeki untuknya.

Artikel berkaitan: TikToker Mohon Maaf Isu Buat ‘Live’ Dekat Sungai, Terkilan Dengan Komen Netizen

2. Mangsa tanah jerlus masih belum ditemui

Whatsapp Image 2024 08 27 At 1.27.25 Pm

Minggu lalu, seorang pelancong wanita dari India telah menjadi mangsa tanah jerlus selepas berjalan di tempat pejalan kaki dekat Jalan Masjid India.

Sehingga hari ini, wanita berusia 48 tahun itu masih gagal ditemui walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa.

Terbaru, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menghentikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas pihaknya mendapati operasi secara fizikal selam skuba berisiko tinggi dan sekali gus sudah mencadangkan penggunaan kaedah lain.

Selain itu, walaupun terdapat lubang benam kedua yang berlaku tak jauh dari tempat kejadian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengatakan masih belum tiba masanya untuk isytiharkan Jalan Masjid India sebagai zon tak selamat. Malah perniagaan di sana pun masih berjalan seperti biasa.

Artikel berkaitan: Mangsa Tanah Jerlus Masjid India Mungkin Berada Di Loji IWK Pantai Dalam

3. DM ‘manja’ Amir Ahnaf tular

Cuci1

Sebelum ini, pernah tular gambar Amir Ahnaf dengan seorang wanita yang tidak dikenali. Wanita itu mendakwa dia menunggu pelakon Project High Council itu tetapi cintanya tidak dibalas meskipun sudah bertemu beberapa kali.

Terbaru, muncul seorang lagi individu yang mendedahkan perbualan direct message (DM) pelakon berusia 24 tahun dengan seorang wanita dipercayai menerusi Instagram. Dalam DM tersebut dapat dilihat Amir mengajak wanita tersebut untuk berjumpa beberapa kali malah pelakon itu turut mengajaknya untuk datang ke bilik hotelnya.

Namun begitu, sehingga kini Amir Ahnaf masih belum membuat apa-apa penjelasan mengenai perkara ini.

Artikel berkaitan: “Bilik asing si comel” – Individu Dedah DM ‘Manja’ Dengan Amir Ahnaf?

4. Suami bengang, anggap badan isteri rosak kerana ‘czer’

Jantan Tak Guna 1

Seorang wanita di TikTok baru-baru ini mendedahkan suaminya berubah sikap apabila dia memberitahu bahawa dia terpaksa menjalani pembedahan demi melahirkan anak mereka.

Menerusi perkongsian mesej di aplikasi Whatsapp, dapat dilihat sikap suaminya berubah apabila dia memberitahu dia terpaksa menjalani pembedahan caesarean dan lelaki itu juga mengatakan bahawa dia tidak mahu mempunyai isteri yang ‘rosak badannya’.

Walau bagaimanapun, wanita itu dilihat masih memujuk suaminya dengan menghantar pelbagai mesej menjelaskan keadaan dirinya yang baru selesai menjalani pembedahan.

Posting ini mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata mengecam sikap lelaki tersebut yang tidak memberi sokongan kepada isteri dan menghinanya hanya kerana dia melalui pembedahan ceasarean.

Artikel berkaitan: Tular Suami Anggap Isteri ‘Rosak’ Sebab Beranak ‘Czer’, Doktor Sarankan Ilmu Bersalin Ada Dalam Kursus Kahwin

5. Da’i Syed Dipenjara 10 Tahun & 3 Sebatan Sebab Merogol

Astro Gempak Dai Syed Dihantar Ke Penjara Kajang

Pendakwah selebriti, Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 3 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium pada 5 tahun lalu.

Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pembelaan dan hukuman tersebut berkuat kuasa hari ini.

Sebaik mendengar keputusan itu, bapa anak satu itu dilihat menangis teresak-esak dalam kandang tertuduh. Turut menemaninya adalah isteri, Hana Ismail, 38, yang baru melahirkan anak 16 hari lalu.

Tak cukup dengan itu, Hakim Norazlin Othman menolak permohonan Syed Shah Iqmal untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman selepas mendapati tiada keadaan khas bagi membolehkan mahkamah membenarkan permohonan tersebut.

Artikel berkaitan: Da’i Syed Ke Penjara Kajang, Mahkamah Tolak Rayuan Tangguh Hukuman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.