in

“Lima jam tunggu je”- Jemaah Umrah Bengang Kena Tunggu Lama Untuk Diberi Alat Peranti

Fi Umrah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu kejadian melibatkan sekumpulan jemaah umrah dikatakan ‘mengamuk’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah tular di laman sosial semalam.

Difahamkan, jemaah yang baru sahaja pulang dari Tanah Suci itu tidak berpuas hati dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dijalankan sehingga menyebabkan mereka terpaksa menunggu selama lima jam untuk dipasang alat peranti pengesan digital.


Video kali pertama yang dimuatnaik oleh pengguna laman TikTok, Zulkifli Mohamed itu telah pun tular ke laman sosial lain termasuk Facebook.

Dikatakan kekecohan yang dirakamkan oleh Zulkifli ini merupakan situasi sebenar selepas pulang dari umrah dengan percubaan pertama dari pihak kerajaan dan KKM untuk memasang alat peranti tersebut kepada jemaah yang baru pulang pada ketika itu.

Menurut komen oleh salah seorang individu yang ada di lokasi kejadian, kekecohan tersebut dikatakan berlaku akibat kekurangan staf iaitu hanya seramai 7 orang staf sahaja yang ditugaskan untuk memasang alat peranti kepada 500 jemaah umrah.

Img 5455

Melalui sidang media pada 25 Disember lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah memaklumkan bahawa individu yang menjalani tempoh kuarantin wajib memakai alat peranti pengesanan digital berikutan peningkatan kes varian Omicron.

Pelaksanaan tersebut dibuat disebabkan terdapat 30 daripada 49 varian Omicron di Malaysia yang dikesan pada 23 dan 24 Disember lalu adalah merupakan kes import dari Arab Saudi.

Oleh hal yang demikian, melalui sidang media yang dijalankan petang semalam, Khairy memaklumkan bahawa beliau akan meminta vendor untuk menambah kakitangan yang menguruskan pemasangan alat peranti tersebut agar insiden yang sama tidak akan berulang lagi.

Baca: [TERKINI] Rakyat Malaysia Yang Nak Tunai Umrah Perlu Dapatkan Dos Penggalak KJ

Ft Kj Umrah

 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.