in

“Lihat mangsa saling bertindih” – Saksi Cerita Kejadian Depan Mata, 7 Maut Dalam Perjalanan Ke Cameron Highlands

accident

Petang semalam, 7 termasuk 2 orang kanak-kanak dilaporkan maut dalam kemalangan yang babitkan 2 kenderaan dekat Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands. 

Menurut Sinar Harian, kejadian yang berlaku sekitar jam 5.55 petang itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Alza dan sebuah lori. Selain daripada 7 kematian, 3 dilaporkan cedera.

792070

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mangsa yang maut merupakan 2 kanak-kanak lelaki, 3 wanita dewasa dan 2 lelaki dewasa. 

Manakala 3 mangsa yang terselamat pula berjaya dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Raja Bainun (HRPB) Ipoh.

792071

 

“Sayu hati bila dengar jeritan dan tangisan kanak-kanak” – Saksi

Menurut saksi di tempat kejadian, Syazwan Muhd Suhaimi, 21, kejadian tersebut berlaku betul-betul di hadapan gerainya hingga menyebabkan kira-kira 10 orang pelanggan yang sedang makan lari ke kenderaan untuk bantu mangsa.

“Sayu hati bila dengar jeritan dan tangisan kanak-kanak dari dalam kenderaan, nampak tubuh mangsa saling bertindih kerana keadaan kereta sudah terbalik,” katanya.

792257
Syazwan menceritakan kejadian

Tambahnya lagi, mereka terpaksa pecahkan cermin dan buka bahagian but untuk keluarkan mangsa, namun hanya 3 mangsa saja yang dapat dikeluarkan termasuk 2 orang kanak-kanak.

“Melihat mangsa saling bertindih dengan cedera teruk dan darah sana sini, kami tak berani nak ambil tindakan lanjut, takut keadaan menjadi lebih membahayakan mangsa,” katanya.

117237618 10158061968537839 1254354185647057629 o

Menceritakan semula detik kejadian, Syazwan berkata, dia terdengar bunyi hon yang panjang dan disusuli dengan dengan dentuman kuat serta suara jeritan mangsa.

Selepas mendengar bunyi tangisan dan jeritan, orang ramai bergegas ke lokasi untuk datang membantu sambil meminta mangsa beristighfar dan mengucap.

Katanya, kejadian ini merupakan kali pertama berlaku semenjak dia membuka gerai di situ pada Disember lalu.

Aduhai… marilah kita doakan semoga mangsa kemalangan ini bertabah dengan dugaan yang menimpa. Al Fatihah. 

Baca: Satu Keluarga Berdepan Detik Cemas, Kereta Tiba-tiba Berpusing Tengah Highway, Nyaris Dihentam Kontena

cemas

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Facebook