in

“Letak selipar tengah pintu” – Kes Budak Terperangkap 9 Jam Dalam Lif, Rakaman CCTV Dedah Punca Sebenar?

Punca Sebenar Budak Terperangkap Lif 9 Jam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh diperkatakan semalam kejadian dua kanak-kanak lelaki yang didakwa hilang selepas keluar rumah untuk membeli pau rupanya terperangkap lebih 9 jam dalam lif di pangsapuri Desa Petaling.

Kejadian itu telah menimbulkan kemarahan netizen dan ramai menuding jari menyalahkan pihak keselamatan dan pengurusan kerana lambat bertindak serta cuai sehingga menyebabkan mangsa terperangkap begitu lama.


Letak selipar tengah pintu punca lif tersangkut

Susulan kejadian itu, tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan punca sebenar dua kanak-kanak terbabit terperangkap dalam lif berkenaan.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Nampak Letih & Terbaring, 2 Budak Disangka Hilang Rupanya 9 Jam Terperangkap Dalam Lif

Rakaman CCTV itu menunjukkan dua kanak-kanak terbabit telah melakukan vandalisme apabila salah seorang telah meletakkan selipar di tengah-tengah pintu lif.

“Lif di blok 59 berjalan dengan baik dan tiada kerosakkan. Akan tetapi disebabkan vandalisme akibat daripada kanak-kanak tersebut meletakkan objek selipar di tengah-tengah pintu lif menyebabkan sistem auto lock diaktifkan dan lif terus berhenti.

“Di sini juga dilampirkan gambar kanak-kanak tersebut merosakkan lif sehingga tidak berfungsi,” tulisnya.

@centroybimmers

Isu: BUDAK TERPERANGKAP DALAM LIF laporan kerosakkan daripada pihak lift (fujitec). Lift di blok 59 berjalan dengan baik dan tiada kerosakkan. Akan tetapi DISEBABKAN VANDALISM AKIBAT DARIPADA KANAK-KANAK TERSEBUT MELETAKKAN OBJEK SELIPAR DITENGAH-TENGAH PINTU LIFT MENYEBABKAN SISTEM AUTO LOCK DIAKTIFKAN DAN LIF TERUS BERHENTI. DISINI JUGA DILAMPIRKAN GAMBAR KANAK-KANAK TERSEBUT MEROSAKAN LIFT SEHINGGA TIDAK BERFUNGSI. RUJUKKAN GAMBAR DAN VIDEO DISEDIAKAN SEKALI. TERIMA KASIH.

♬ original sound – Hi-Fi Productions

Menurut laporan media sebelum ini, kedua-dua mangsa berusaha meminta bantuan sebelum keletihan lalu tertidur dalam lif berkenaan.

Dikatakan, dua kanak-kanak itu cuba meminta tolong melalui butang interkom tetapi didakwa tiada respons, dan mereka hanya mampu menangis sehingga tertidur beberapa kali.

Difahamkan, pihak pengurusan penyelenggaraan kemudian melakukan kerja membuka pintu lif itu untuk menyelamatkan mangsa yang dilaporkan tiada mengalami sebarang kecederaan.

Harap kejadian ini dijadikan pengajaran…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.