Menjelang musim Halloween yang bakal menjelang hujung bulan ini, rata-rata golongan yang mengikut tradisi ini ni, dah pun mula membuat persediaan sendiri.
Macam yang kita tahu, Halloween disambut dengan peragaan pakaian berkostum, utamanya berkaitan hantu dan perkara-perkara mistik. Bukan itu saja, biasanya rumah-rumah mereka juga dihias dengan ‘prop’ yang menyeramkan seperti kubur dan patung-patung tengkorak.
Baru-baru ini di Kanada, seorang wanita bernama Juliana menjadikan laman rumahnya ‘tanah perkuburan’ kepada golongan-golongan yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19. Melalui gambar yang dimuat naik wanita tersebut, dia dilihat ‘menyerang’ pengguna Facebook di mana ramai di antara golongan yang menolak vaksin berhimpun di laman sosial tersebut.
Salah satu daripada hiasan tumpuan yang dicipta Juliana termasuklah ‘kubur’ bernama “Aunty Vaxx” dengan catatan “menolak untuk hidup dalam ketakutan.” Walaupun ia mungkin dianggap satu sindirian kasar bagi sesetengah pihak, tapi ia sebenarnya satu word game yang bijak.
Gambar-gambar dari Juliana mengundang pelbagai respon dan komen. Ramai menikmati jenaka kasar tersebut, namun ada di antara mereka bersedih mengenangkan orang-orang yang telah meninggal dunia setelah enggan menerima suntikan vaksin.
Ada juga di antara kata-kata pada ‘kubur’ tersebut memerli ayat-ayat yang biasanya diguna pakai oleh golongan anti-vaksin, seperti “badan saya, pilihan saya, keranda saya.” Menurut Juliana, ini merupakan dekorasi Halloween paling menakutkan yang pernah dia reka.
Agaknya kalau di Malaysia ada yang guna ‘prop’ macam di depan rumah mereka, macam manalah reaksi netizen kita, ya?
Sumber: Daily Star