in

Lepas Viral Menyanyi, Anak Arwah Siti Sarah Akui Kena ‘Pulau’ Dengan Rakan Sekolah

talita anak shuib siti sarah kena pulau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak perempuan kepada pelawak Shuib bersama arwah Siti Sarah iaitu Thalita sebelum ini telah mencuri perhatian apabila menyanyi di khalayak ramai di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Ramai yang memuji Thalita atau nama sebenarnya Dzahira Thalita Zahra yang dikatakan telah mewarisi bakat nyanyian arwah ibunya.


Artikel berkaitan: “Good luck Talita” – Bakal ‘Perform’ Malam Ini, Ramai Sebak Lihat Anak Siti Sarah Gigih Berlatih Menyanyi

Artikel berkaitan: “Gemersik macam arwah ibu dia” – Ramai Netizen Kagum & Sebak Dengar Anak Arwah Siti Sarah Nyanyi

Dipulaukan rakan sebaya

Namun, di sebalik dirinya dikenali ramai, Thalita atau mesra dipanggil Dekta meluahkan dia telah dipulaukan segelintir rakan sekolah.

Jelas Dekta yang kini berusia 13 tahun, dia sendiri tidak mengetahui punca sebenar teman sebaya lain cemburukan transisi dilalui malah hanya berlapang dada berdepan cabaran kecil sebegitu.

“Memang saya kena ‘pulau’ kawan-kawan. Entah kenapa ada yang jealous, saya tak tahu tapi saya tak kisah. Apa pun saya masih Talita yang sama.

“Saya menyedari perkara itu selepas muncul di Bukit Bintang tempoh hari. Apabila di sekolah, ada beberapa orang saya perasan mula menjauhkan diri atau bercakap buruk fasal saya.”

Screenshot 2025 01 22 124509

Dekta akui terkejut namun dia berharap perkara ini tidak berpanjangan kerana tidak mahu bermasam muka dengan sesiapa.

“Saya cuma nak jadi penyanyi, itu sahaja,” katanya.

Sementara itu, Dekta menjelas sebabnya dia menangis sehingga tidak mampu meneruskan nyanyian ketika persembahan di Bukit Bintang tempoh hari.

“Bila tengok orang sanggup datang tengok saya menyanyi di khalayak ramai buat pertama kali buatkan hati saya jadi sayu. Nyanyi pula lagu ibu, terus menangis.”

Tambahan pula, lagu Kesetiaan yang dinyanyikan itu juga merupakan lagu kegemarannya dan dia bersyukur kerana ramai menyukai lagu arwah ibunya.

Kuat semangat ya Dekta!

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.