Sudan bersetuju menjalin hubungan bersama negara haram Yahudi. Langkah itu secara tidak langsung mengiktiraf Israel, yang didirikan secara haram di atas tanah milik Palestin — sebagai sebuah negara.
Perkara itu diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Memetik laporan Berita Harian, perkembangan terbaharu itu merupakan satu lagi kejayaan diplomatik Trump menjelang pilihan raya tidak lama lagi.
Selepas perjanjian itu ditandatangani, Trump secara serta merta mengeluarkan Sudan daripada senarai negara-negara yang membiayai keganasan. Sekatan ekonomi terhadap negara itu turut ditamatkan.
Trump mendakwa, sekurang-kurangnya lima lagi negara Arab dijangka akan menjalin perjanjian damai dengan Israel selepas ini.
Tahun ini, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi negara teluk pertama yang mengiktiraf Israel dalam tempoh 26 tahun selepas Mesir dan Jordan. Langkah itu kemudian disusuli Bahrain dan terkini Sudan.
Perkembangan itu amat mengejutkan negara-negara Islam lain, yang memboikot sebarang kerjasama dengan zionis selain dianggap sebagai satu pengkhianatan besar terhadap Palestin.
Baca: UAE Mansuh Akta Boikot Negara Haram Yahudi, Kini Jadi Rakan Dagang