in

Lepas Sound ‘Penyondol’, Shuhada Muat Naik IG Story Terima Rawatan Di Hospital?

shuhada jalani rawatan hafidz cerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemelut masalah rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri masih lagi menjadi perhatian ramai selepas pasangan itu dikatakan sudah bercerai di luar mahkamah.

Shuhada yang tekad untuk memulakan kehidupan tanpa suami walau bagaimanapun telah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap orang ketiga dalam satu perkongsian di IG Story semalam.


“Penyondol always penyondol!!!” 

Menurut posting tersebut, Shuhada menyifatkan seorang ‘penyondol’ iaitu orang ketiga dalam sesuatu perhubungan tidak akan berubah dan dia mahu melihat apa yang akan berlaku kepada kehidupan ‘penyondol’ tersebut selepas ini.

Maaf dekat Humairah and Umar? No, penyondol akan sentiasa PENYONDOL! Kali ni, I sendiri akan cakap, bukan dari orang lain since i dah bercerai. 

“Mari kita lihat kehidupan penyondol itu selepas ini!” tulisnya.

IMG 8832 1

“Shu sedang terima rawatan kat Hospital” 

Pun begitu, pada pagi ini, Shuhada memuat naik satu posting yang mengejutkan apabila dia memaklumkan dia kini di hospital dan sedang menjalani rawatan.

Menurut Shuhada lagi, dia memohon maaf kerana tidak dapat memberi kerjasama kepada mereka yang menghubunginya akibat keadaan diri yang tidak mengizinkan.

IMG 8833 1

Shu minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat beri kerjasama dan tanggungjawab buat masa ni, sebab Shu sedang terima rawatan kat hospital. 

“Shu akan beri kerjasama penuh selepas selesai semua rawatan. Doakan Shu kuat,” jelasnya.

Harap tiada apalah yang serius terjadi kepada Shuhada. Semoga diberikan kesembuhan buatnya. 

Baca: Shuhada Harap Nafkah Anak Tak Putus, Hafidz Roshdi Komen Bagi Respon

cerai shu hafidz

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.