in

Lepas Setahun Lebih Kahwin, Suami Luah Rasa Menyesal & Masih Tak ‘Move On’ Jadi ‘Playboy’

Ft Suami Playboy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila korang baca kisah ini, harap dapatlah dijadikan teladan bahawa perkahwinan ini bukanlah satu penyelesaian untuk segala-galanya yang berkaitan dengan tabiat hidup kita.

Dapat kita saksikan kejadian yang berlaku kepada seorang wanita ini apabila suaminya yang dahulunya seorang playboy tiba-tiba berubah setelah mengenali dirinya.


Artikel berkaitan : Video Staff Daycare Tampar Budak Kecil 4 Tahun Bertubi-tubi Sampai Pipi Bengkak

Artikel berkaitan : Batal Majlis Nikah Saat Akhir, Wanita Sedih Bakal Suami Curang Sebab Berat Badan

Namun setelah mereka berkahwin selama setahun lebih, suaminya baru-baru ini ada meluahkan kepadanya yang dia masih belum bersedia untuk meninggalkan ‘dunia lamanya’.

Lebih memeritkan, suaminya juga meluahkan bahawa dia menyesal berkahwin dengannya dan sebenarnya lelaki itu masih belum bersedia untuk berkahwin. Pun begitu, suaminya akui bahawa perkahwinan itu adalah atas dasar cinta.

“Saya layan dia macam raja, sediakan makan dia, pakaian dia, dan semuanya, dan dia dah berubah, sakit tau, sakit sangat dengar macam ni, dia kata dia perlukan masa untuk ‘break’ untuk ketahui apa yang dia mahukan, saya rasa bodoh dan terkaku.”

Walau bagaimanapun, wanita ini akui yang dia tidak boleh hidup tanpa suaminya, lebih-lebih lagi apabila dia bergantung pada suaminya sejak sebelum mereka berkahwin lagi. Dalam rasa perit, wanita itu membenarkan keputusan yang dibuat oleh suaminya itu.

Mereka ada kata sepakat yang suaminya itu akan tanggung pembiayaan isterinya itu sampailah wanita ini ‘kukuh’ kerana dia baru sahaja berhenti kerja. Akui bahawa dirinya bakal dilabel bodoh kerana membiarkan lelaki dayus memperlakukan dirinya sebegitu, wanita ini menjelaskan bahawa dia hanya manusia biasa yang lemah.

“Saya ada minta duit daripadanya jadi saya boleh rancang masa depan yang baik untuk saya, doakan i kuat dan cepat berambus daripada hidup dia. Saya nak failkan cerai tapi saya kena ada duit dulu.”

Mungkin benda ni baru terjadi kepadanya, kami harapkan sis ni kuat dalam hadapi dugaan perkahwinan.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.