Setelah sekian lama namanya ‘mendiam’, Da’i Syed kembali menjadi tumpuan apabila nama pendakwah selebriti itu menjadi sebutan segelintir pihak atas beberapa isu.
Sebelum ini, ada seorang wanita mendedahkan dirinya didakwa menjadi mangsa rogol pendakwah ini dan kini seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama A!m3a ada membuat satu pendedahan mengenai sikap pendakwah itu.
“Lepas dia bersetuju untuk buat paid review, dah bayar tapi tak buat. Duit saya lebur macam itu saja… Selepas itu DM tak baca dah.”
Wanita ini mendakwa bahawa Da’i Syed tidak melaksanakan perjanjian mereka di mana dia telah membayar pendakwah itu untuk membuat satu review produk miliknya.
Malah pendakwah itu dikatakan enggan pulangkan semula bayaran berkenaan. Dalam video tersebut juga wanita ini ada kongsikan perbualan antara mereka berdua menerusi Instagram.
Wanita ini memberitahu bahawa dia cuba dapatkan semula wang itu, biarpun jumlah tidak dijelaskan, dia tetap mahukan wang tersebut kerena mempunyai cahaya mata yang perlu ditanggung.
Selepas hampir setahun, wanita itu sekali lagi menghantar mesej kepada Syed (Disember 2022) tetapi tidak dibaca. Bagaimanapun menerusi perbualan mesej itu, Syed ada meminta wanita yang berasal dari Terengganu itu untuk datang ke KL tapi pelawaannya telah ditolak.
Video ini kemudiannya tular dan wanita itu akhirnya mendapat semula duit refund itu. Memetik laporan mStar, pihaknya ada juga mendapatkan respon daripada Da’i Syed mengenai isu ini namun tidak mendapat sebarang balasan.
Baca : “Kami bukan ikon islamik” – Video Menari Dengan Isteri Dikritik Netizen, Da’i Syed Beri Penjelasan