Beberapa minggu lalu, kecoh di media sosial berkenaan kisah rumah tangga seorang pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar yang curang dengan isterinya, Rossalenah Natassiyah Asshaferah atau dikenali sebagai Sera.
Namun hubungan suami isteri ini katanya kembali baik semula selepas Shuk membuat kejutan dengan menghantar rombongan untuk memikat hati isterinya semula yang mana ditayangkan live di IG story.
https://www.instagram.com/p/CLCI4GDjRSg/
Ingatkan dah reda cerita rumah tangga mereka ini, namun baru-baru ini viral video Sera di TikTok yang memaparkan dirinya seolah-olah sedang membaca komen netizen yang mengecamnya membuat keputusan untuk kembali bersama suami.
https://www.tiktok.com/@cococurv_rossasera/video/6906000041580743938?_d=secCgYIASAHKAESMgowm4EC%2B0lFisH1hPhkXSlTSZIy%2FdT9kzp2iiYx5ttDwlQXroXc6s3jV0t8orlQO94cGgA%3D&language=en&mid=6900183924484426498&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAoyoR-rrYKr-_cTmKwW2AizJ3FQgbc2J7zSTWXVsVyRaiXOEnuRy0ePPjFIA8DbJ4&share_item_id=6906000041580743938&share_link_id=852658C4-DB49-49FF-8224-737C9BA85697×tamp=1613456751&tt_from=copy&u_code=db8b9je91ff796&user_id=6801629490906334209&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&source=h5_t&is_copy_url=1&is_from_webapp=v2
Antara balasan Sera kononnya selepas membaca komen netizen:
Beranak bukan FREE.
“Duit laki aku bukan laki kau.
“Rezeki anak-isteri Allah bagi.
“Suami saya hak saya sis.”
“Mula-mula kesian. Bila buat video macam ni tiber hilang kesian aku kat dia”
Video tersebut kemudian mengundang kemarahan netizen kerana dia didakwa seakan-akan memerli netizen dan mempertahankan Shuk setelah apa yang berlaku sebelum ini.
Walau bagaimanapun, setelah diselidik admin dan menerusi komen seorang netizen, video tersebut rupanya dimuat naik pada Disember 2020 iaitu lebih kurang sebulan sebelum Shuk kembali curang kali kedua.
Apa-apapun diharapkan netizen janganlah komen berlebihan kerana kita tidak tahu situasi yang perlu dialami Sera bila berdepan dengan masalah ini.
Yang terbaik ialah kita doakan semoga mereka sekeluarga diberikan kekuatan dalam melalui ujian ini dan semoga Shuk jangan curang lagi buat kali yang ketiga.