Sekarang ini, ramai yang selalu bawa bekal ke pejabat kan sebab lebih mudah dan dapat elakkan kita dari membazirkan masa untuk keluar membeli makanan. Kalau masak sendiri, makanan juga lebih berkhasiat sebab kita boleh hadkan penggunaan bahan perasa.
Namun, lain pula ceritanya dengan wanita ini sebab telur dibelinya yang diletakkan di dalam peti ais pejabat hilang. Menerusi perkongsian di Twitter anaknya, _kamoafo beberapa hari lepas, ibunya sering memasak telur ketika waktu rehat.
Disebabkan telur miliknya hilang pada suatu hari, jadi ibunya mengambil keputusan untuk meninggalkan nota buat ‘si pencuri’.
So my mom saw that her eggs were missing at work so she posted this note. Later some white dude came to her stressed af for the antidote thinking he was going to die 😭😭😭 ngl this is genius pic.twitter.com/rdHENrOYxf
— Kojo (@_kamoafo) March 10, 2021
Dalam nota tersebut, wanita itu mengatakan telur yang diambil itu sebenarnya bukanlah telur ayam biasa dan ianya bukan untuk dimakan.
Jika anda belum makan, tolong buang telur tersebut. Namun, jika telah termakan, sila datang berjumpa dengan saya untuk dapatkan antidote sebab telur itu merupakan telur dari spesies burung ‘rare’ dari Afrika,” katanya.
Tak lama kemudian, ada seorang lelaki datang bertemu ibunya dan panik minta penawar sebab dia mengaku dah ambil dan termakan telur terbabit. ‘Si pencuri’ tu dah takut dia akan mati sebab telur tu dah ‘selamat’ masuk dalam perut.
Tweet ini telah tular di media sosial dan telah mendapat lebih 26 ribu Retweet daripada netizen (ketika artikel ini ditulis).
Difahamkan, lelaki terbabit juga telah membayar semula harga telur tersebut setelah mengaku kesalahannya.
Rata-rata netizen terhibur dengan cara genius wanita ini untuk kerjakan balik rakan sekerjanya yang telah memakan telur itu tanpa kebenarannya. Kalau ya pun lapar, kena lah minta permission dulu.
Ada juga netizen lain yang kongsikan cara mereka yang tersendiri ketika berhadapan dengan golongan seperti ini di pejabat.
Baca: Cha Ruoi – Telur Dadar Inti Cacing Laut, Sajian Bermusim Istimewa Di Vietnam