Kalau korang penggemar makanan pedas, korang mesti pernah makan ayam gepuk dengan sambalnya yang pedas. Lagi sedap bila makan set yang ada kobis goreng, memang boleh teringat-ingat!
Namun begitu, tular di TikTok video mengenai keburukan kobis goreng yang dikatakan punca kepada penyakit kanser. Video tersebut dimuat naik oleh seorang doktor yang bernama Dr Muhamad Hazwan atau lebih dikenali sebagai Dr Wan Share.
@dr1share Betul ka makan kobis goreng boleh kena kanser..? #shouldbeme #dr1share #tiktokguru #LearnOnTiktok
“Dekat bahagian hangus ada tindak balas kimia”
Beliau berkata, setiap makanan yang dimasak hangus akan melalui satu proses tindak balas kimia yang dipanggil Maillard Reaction. Tindak balas ini terjadi apabila makanan tersebut yang ada sumber protein, gula dan dimasak pada suhu yang tinggi.
Tak kiralah hang goreng hangus, bakar, buat BBQ atau grill… asalkan hangus..
Kemudian, tindak balas itu akan menghasilkan satu sebatian kimia yang dinamakan Acrylamide.
Acrylamide punca kanser
Berdasarkan satu kajian, doktor Wan berkata apabila seseorang itu makan terlalu banyak makanan yang ada Acrylamide, ia boleh menyebabkan risiko kanser seperti kanser usus dan kanser payudara.
Selain itu, menurut The International Agency for Reseach on Cancer (IARC), Acrylamide dikategorikan dalam kumpulan 2A boleh menyebabkan kanser untuk manusia tetapi perlu lebih banyak bukti yang kukuh.
Artikel berkaitan: Suami Cerai Isteri, Tak Setuju Buang Sebelah Payudara Sebab Kanser
Artikel berkaitan: Netizen Sebak Suami Sanggup Botak Tanda Sokong Isteri Hidap Kanser Ovari
Akan tetapi, punca kanser juga dipengaruhi oleh beberapa faktor yang lain seperti genetik, gaya hidup dan lain-lain. Namun, makanan yang dimasak hangus seperti sate dan roti bakar juga boleh meningkatkan risiko kanser.
Setakat makan sekali-sekala kobis goreng, tak kena kanser. Kanser bukan senang-senang terjadi.
Point aku kat sini, walaupun makanan tu boleh meningkatkan risiko kanser, tapi kanser dipengaruhi oleh banyak faktor yang lain.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi selepas menonton video tersebut.
Okay guys, lepas ni makan ayam gepuk dengan kobis biasa je. Sihat pun sihat hehe…