in

“Lepas menang GV terus hilang” – [VIDEO] Bekas Isteri Dakwa Cliff Umar Tak Bayar Nafkah?

cliff umar nafkah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penceraian bukanlah sesuatu yang mudah, banyak pihak yang akan terkesan dengan perhubungan yang terhenti ini, jika pasangan tersebut mempunyai anak-anak maka situasi mungkin boleh menjadi lebih tegang, baik dari segi hak penjagaan atau pemberian nafkah.

Menurut hukum Islam, antara nafkah yang wajib diberikan oleh seorang lelaki kepada bekas isteri dan anak-anak (jika hak penjagaan diberikan kepada ibu) termasuklah pakaian, tempat tinggal dan juga perbelanjaan pendidikan.


Semalam tular sebuah video di laman TikTok yang dimuat naik oleh Ninie Hasbullah yang merupakan bekas isteri kepada pemenang rancangan realiti Gegar Vaganza musim ketujuh, Cliff Umar.

@bungasarawak

#cliffumar #gv7 #promiseduitanak

♬ original sound – 🥳Zue-Ninie🥳 – Kait By Ninie

Dalam video tersebut, Ninie Hasbullah meluahkan rasa hampanya apabila penyanyi lagu Wanita Seluruh Dunia itu dikatakan tidak memberi nafkah kepadanya dan anak-anaknya yang ditinggalkan.

“Kau janji kau akan tolong, kau janji nak tolong aku dan anak-anak masa kau masuk GV tapi bila kau dah menang kau terus menghilangkan diri, dan kau terus berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku.” luahnya.

Wanita tersebut juga meminta Cliff Umar untuk tampil dan memberikan nafkah yang sepatutnya, dia juga menyatakan permintaannya itu hanyalah untuk anak-anaknya dan bukan untuk dirinya kerana dia sedang bergelut dengan masalah kewangan.

Sebagai info, Cliff Umar membawa pulang RM100K selepas menjuarai program realiti nyanyian Gegar Vaganza musim ketujuh.

Semoga perkara ini diselesaikan dengan sebaiknya…

Baca: Penyanyi Maroon 5 Adam Levine Didakwa Curang, Siap Nak Namakan Anak Dengan Nama ‘Mistress’!

Adam Levine

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.