Semalam telah berlangsungnya acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Dalam acara gilang-gemilang itu, pelakon komedi lagenda, Nasrizal Ngasri atau lebih dikenali sebagai Bell Ngasri telah dinobatkan sebagai Pelakon Komedi Paling Popular serta membawa pulang anugerah tertinggi, Bintang Paling Popular.
Terdahulu, Bell dalam satu temubual memaklumkan yang beliau akan belanja makan tengah hari di bulan puasa sekiranya dinobatkan sebagai juara dalam kategori yang telah disenarai pendek. Kini, selepas beliau dinobatkan, ramai dalam kalangan netizen menuntut janji pelakon itu.
Yakyak yeah!
Selepas 37 tahun berkarya, akhirnya Bell Ngasri telah mendapat anugerah sulung beliau. Satu pencapaian yang membanggakan dan min yakin ramai dalam kalangan peminat yang terhibur dengan lakonan beliau sejak dari zaman Cili Padi sehingga sekarang mengiktiraf beliau.
Min pun harap tak ada lah yang betul-betul tuntut janji Bell ni ye. Generasi sekarang lagi banyak kenal Bell sebab dia berlakon sebagai Barkoba dalam telefilem puasa tu, sebab tu dia cakap macam tu.
Betul juga cadangan ni. Kalau betul Bell dah memang berniat nak bagi orang makan time bulan puasa, mungkin boleh ikut cara macam ni.
Ingat tau kalau nak makan time bulan puasa, tunggu waktu berbuka nanti. Jangan jadi geng plastik hitam pulak.
Tahniah YB Barkoba atas kemenangan yang paling bermakna ini. Fuhh lama tu dalam industri dan baru pertama kali menang anugerah.
Baca: “Dah macam berkempen PRU” – Bell Ngasri ‘Pancing’ Undi ABPBH Buat Netizen Terhibur