in

Lepas Isu Dedahkan Wajah, Noh Dianggap Tidak Sensitif Dedahkan Nama Penuh Anak Angkat Pula

Ft Nih Salleh Anak Angakt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kontroversi antara penyanyi Noh Salleh mengenai kes anak angkatnya dilihat seperti tiada penghujung. Terbaru, Noh kembali menjadi perhatian apabila dia mula mendedahkan nama penuh anak angkatnya.

Pendedahan itu dibuat selepas Noh menjawab respon yang ditanya oleh netizen tentang mengapa anak itu berbinkan namanya. Noh memberikan respon dengan menulis “Musa Muhammad Noh bin Abdullah”.


Artikel berkaitan : “Tindakan itu kesalahan jenayah” – Peguam Ulas Isu Anak Angkat Mizz Nina Dibawa Keluar Tanpa Izin

Artikel berkaitan : Noh Salleh Selamat Bernikah Dengan Athira Dalam Majlis Serba Ringkas

Screenshot 2024 01 29 125042

Susulan itu, mStar melaporkan bahawa segelintir netizen menganggap bahawa tindakan Noh itu tidak sensitif kerana selama ini identiti anak angkatnya itu dirahsiakan.

Sebelum ini, bekas isteri Noh, Mizz Nina mendakwa bahawa penyanyi lagu Angin Kencang itu telah mengambil Musa tanpa keizinan dan tanpa pengetahuannya.

Menurut Mizz Nina, dia merupakan penjaga Musa seperti mana yang telah diperintahkan oleh pihak mahkamah dan menjelaskan bahawa dia tidak mendapat sebarang makluman mengenai anak angkatnya itu telah diambil oleh Noh.

Malah, ibu kandung Musa baru-baru ini ada menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Noh susulan dakwaan penyanyi itu telah melanggar perjanjian untuk merahsiakan wajah Musa.

Susulan itu, Noh ada muat naik video tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan menjelaskan bahawa dia tidak tahu mengenai perjanjian antara wanita itu dengan bekas isterinya.

Noh dan Mizz Nina mendirikan rumah tangga pada Julai 2011 dan mengumumkan penceraian pada Ogos 2022 lepas.

Sumber : mStar 

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.