Nama Datuk Aliff Syukri banyak disebut baru-baru ini, sebelum ini dia telah deactivate akaun Instagram miliknya kerana dikatakan menghadapi depression.
Dua hari lepas, usahawan kosmetik itu telah melancarkan single terbarunya bersama penyanyi dangdut terkenal Baby Shima yang berjudul Baby Sayang.
Walaupun lagu tersebut menerima kecaman hebat daripada netizen, ia masih menjadi trending di laman YouTube sejak ia dilancarkan pada 17 Ogos lepas, disebabkan itu dia sendiri mengakui dia merupakan penyanyi nombor satu Malaysia.
Dalam laporan Harian Metro, Datuk Aliff Syukri memberitahu dia juga menyimpan hasrat untuk berduet dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Saya berharap dapat berduet dengan Siti Nurhaliza. Kalau beliau (Siti Nurhaliza) lihat video ini, mungkin impian saya akan tercapai.
Bagi saya, tak ada lagu saya yang tak ‘trending’ walaupun saya juga tak dapat sebarang anugerah,” katanya.
Malah, dia juga teringin bergandingan dengan lagenda rock tanah air, Datuk Awie kerana dia dikatakan pernah ‘dihentam’ oleh penyanyi lagu Sejati itu.
Selain itu, dia memberitahu walaupun ramai orang mengata dan kecam dirinya, tetapi lagunya masih trending di YouTube malah, dia mengakui tidak membayar walau 10 sen pun kepada YouTube kerana jumlah tontonan di platform digital itu tak boleh dibeli.
Hmm, tak tau nak cakapa apa…
Baca: “Propa je kan?” – Netizen Perli Aliff Syukri, Baru 4 Hari Deactivate IG Dah Muat Naik Video Baru