in

“Lepas banjir bayarlah” – Netizen Puji Sikap Khairul Aming & Bos Mydin, Bergabung Bantu Mangsa Banjir

Bantuan Mangsa Banjir Ka Mydin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang ramai sedia maklum, pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming antara individu yang menjadi perhatian ramai dek kerana keprihatinannya dalam membantu mangsa banjir dan memberi bantuan makanan kepada mereka yang terkesan.

Namun ada berita yang lebih baik tular hari ini, apabila syarikat peruncit terkenal, Mydin tampil mempermudahkan usaha pempengaruh ini dengan membenarkan beliau mengambil barangan keperluan sebanyak mana yang diperlukan tanpa perlu melakukan sebarang bayaran segera.


Perkara ini dimaklumkan oleh Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin dalam satu sesi live bersama Khairul Aming.

Awak boleh ambil barang seberapa banyak awak nak, tak perlu hantar orang atau kad kredit, RM20,000 atau RM100,000. Nanti selepas banjir awak bayarlah,” katanya.

Artikel berkaitan: Khairul Aming Turun Padang, Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan

Artikel berkaitan: “Rasa macam nak nangis” – Netizen Puji Mydin Sebab Jual Baju Melayu RM5

@khairulamingfans_

Terima kasih @Mydin Malaysia @Ameer Ali Mydin memudahkan urusan bantuan banjir KA & team & terima kasih juga atas sumbangan yg diberikan 🤍 Moga Mydin terus maju ke hadapan 🤲🏻 @Khairulaming P/S: SUMBANGAN BANTUAN KEPERLUAN ASAS MASIH DIPERLUKAN ‼️ Boleh hantar ke Luxury Garden Jalan Tanjung Chat, KB📍 #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyetberapi #misibantuanbanjir #banjirkelantan #banjir2024 #banjircore

♬ original sound – Fans KhairulAming – Fans KhairulAming

“Dua orang ni memang hebat” 

Rata-rata netizen memberi komen positif dengan video ini dan bersyukur ada individu-individu hebat seperti Khairul Aming dan Bos Mydin yang ikhlas membantu mereka yang memerlukan.

Ka Bantuan

Dalam pada itu, menerusi perkembangan terbaru, seramai 136,520 mangsa banjir yang terdiri daripada 41,220 direkodkan pagi ini, yang mana menurun berbanding pagi semalam yang mencatatkan 150,843 orang.

Walau bagaimanapun, negeri Kelantan masih mencatatkan mangsa banjir tertinggi dengan 85,761 orang berbanding negeri lain iaitu Terengganu (37,893) Negeri Sembilan (1,064) dan Kedah (8,461).

Semoga urusan mereka untuk membantu mangsa banjir ini dipermudahkan. Amin! 

Sumber: TikTok, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.