Semalam, kecoh diperkatakan mengenai tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pelajar yang memuat naik iklan untuk menjual PerantiSiswa yang diperolehi mereka demi untuk membeli iPad.
Apa yang membuatkan ramai tidak puas hati dengan tindakan tersebut ialah peranti itu diberikan kerajaan kepada pelajar IPT golongan B40 sebagai insiatif bantuan dan mereka ini dengan mudah ingin menjualnya demi membeli peranti yang lebih mahal.

“Bukan satu tindakan kejam atau menindas, tapi…”
Isu tersebut kemudian disedari oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa yang mengesahkan memang benar kes penjualan semula peranti siswa yang perolehi di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia itu berlaku.
Menurutnya, susulan dari kes yang berlaku tindakan tegas akan dikenakan terhadap individu yang didakwa melakukannya.

Setakat ini, dilaporkan sebanyak 14 kes penjualan PerantiSiswa dikesan di seluruh negara dan perkara tersebut di dalam pemantauan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Ada tindakan tertentu akan diambil terhadap penjual peranti, contohnya paparkan nama secara terbuka untuk pengetahuan umum di portal perantisiswa atau maklumkan kepada pihak universiti,” kata Annuar.
“Peranti ada keupayaan untuk buat ‘tracking'”
Tambah Annuar lagi, tindakan menjual semula peranti itu adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan kerajaan memandang serius akan perkara itu.
Peranti itu juga katanya mempunyai beberapa aplikasi tertentu yang mampu mengesan keberadaan peranti itu sama ada di universiti atau lokasi lain.

Peranti ini ada keupayaan untuk buat ‘tracking’ siapa pemilik yang telah jual dan ada beberapa peranti telah disekat penggunaannya,” katanya.
Annuar juga meluahkan rasa terkilannya atas apa yang berlaku dan berharap penerima peranti berkenaan tidak menjualnya secara terbuka secara dalam talian kerana merasakan ia satu tindakan tidak wajar dilakukan.
Haih macam-macam ye. Kalau rasa tak perlukan tab tu, lebih baik jangan mohon dan beri peluang kepada mereka yang lebih memerlukan.
Baca: Pelajar ‘Kantoi’ Jual Peranti Siswa Sebab Nak Beli iPad?

