Jika bercuti di pulau atau pantai, semestinya korang dah biasa buat aktiviti menyelam, snorkeling, dan bermain bola tampar di tepi pantai. Namun ada satu aktiviti ‘fresh’ yang direka khas untuk pengunjung di sebuah resort yang terletak di pulau terkenal Ini.
Ya! Bermain badminton di tengah laut! Siapa je yang terfikir untuk bermain permainan ini di tengah-tengah laut kan? Namun sebuah resort di Redang, Terengganu baru saja memperkenalkan pengalaman bermain badminton di atas air, yang dikatakan sebagai yang pertama di dunia.
https://www.instagram.com/tv/CDu5hLaD6ic/?utm_source=ig_embed
Tak terbalik ke gelanggang tu?
Di fahamkan, gelanggang yang terapung ini teguh dan kukuh kerana diikat dengan batu bata dan dilindungi dengan tiang. Namun, perkara ini bukanlah dapat menjamin yang korang takkan tergelincir dan jatuh kedalam air tu. Dengan ombak ditambah lagi angin, mesti basah punya!
Sekiranya korang tak pernah atau newbie bermain badminton, jangan risau kerana difahamkan juga ada jurulatih untuk membimbing korang.
Difahamkan juga, sekiranya korang mendaftar untuk pakej 4D3N Oktober mereka, korang juga berpeluang bermain dengan bekas pemain badminton! Wow! Bestnya…
Baca: Seram! Penampakan Kelibat Pontianak Di Gelanggang Badminton, Tetapi Ini Reaksi Netizen