Hidup di negara Malaysia yang berbilang kaum ini haruslah hormat menghormati antara satu sama lain bagi memupuk perpaduan dan menjaga keamanan negara.
Tak kiralah bangsa dan agama mana sekalipun, kita tetap berada di bawah satu bumbung, harus bersikap adil dan saksama antara kaum. Dah masuk tahun 2019 ni, usahlah ungkit balik sejarah hitam pada 13 May 1969 yang pernah melanda di negara ini.
Kalau sebelum ini isu lelaki cina menghina agama islam dan Nabi Muhammad SAW telah didakwa, lelaki melayu yang menghina agama hindu ini juga patut dikenakan tindakan sewajarnya.
“Kan diaorang anggap lembu tu tuhan..Hindu tu pun sama macam tuhan dia”
Berdasarkan perkongsian daripada Inbaraj ini, ada individu memberikan komen berbaur racism dalam satu pos dimana individu tersebut telah melemparkan kata-kata kesat terhadap agama hindu.
“Do you think this guy will go to jail for 10 years?”
Biarpun ada orang sudah memperbetulkan skeptikal tentang agama tersebut, hinaan demi hinaan yang diberikan tanpa memikirkan sensitiviti keagaaman.
Bukan itu sahaja, individu tersebut dengan berani matinya ungkit balik sejarah silam 13 Mei 1969 yang penah terjadi di negara ini.
Kesian sekarang ini dah lupa 13 Mei
Sudah semestinya ramai netizen kurang senang dengan kenyataan lelaki ini. Malah, ada yang menggesa agar individu tersebut didakwa atas sebab hinaan terhadap agama lain.
Malah, kenyataan biadap daripada individu ini juga semestinya telah mengundang kemarahan seluruh rakyat Malaysia. Memalukan!
Hormat negara lain pakcik – Netizen
Memalukan melayu la
Harap dia ditangkap
Rata-rata yang menzahirkan kemarahan ini adalah orang melayu sendiri, mereka anggap sikapnya itu tak melambangkan seorang muslim kerana hanya memecah belahkan keharmonian di negara Malaysia.