Sebagai manusia biasa, ada masanya kita mungkin terlalai seketika ketika bekerja, macam termenung atau buka media sosial seperti Facebook dan Instagram sekejap ketika di pejabat walaupun waktu rehat tengah hari dah tamat.
Namun, lelaki di San Franciso ini pula ada caranya yang tersendiri untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi tak produktif ketika bekerja.
Menurut Times Now News, dia yang dikenali sebagai Maneesh Sethi itu telah mengupah seorang wanita untuk menampar dirinya setiap kali dia menggunakan Facebook ketika bekerja!
Difahamkan, dia telah mengupah wanita itu setelah membuat iklan pencarian individu untuk menghalangnya daripada menggunakan media sosial itu di laman Craiglist pada tahun 2012.
Wanita yang dikenali Kara itu telah terpilih daripada 20 orang yang berminat dengan kerja terbabit dan dia telah dibayar sebanyak $8 sejam iaitu kira-kira RM33. Banyak jugak tu, jobscope pulak nampak macam simple je kan.
The story of Maneesh Sethi, the computer programmer who hired a woman to slap him in the face every time he used Facebook, resulting in massive productivity increase [read more: https://t.co/Q5fKjYtFSo] pic.twitter.com/d8pnt3Jd8k
— Massimo (@Rainmaker1973) November 10, 2021
Maneesh yang juga merupakan CEO syarikat Pavlok telah menceritakan tentang perkara itu menerusi blog miliknya. Katanya juga, cara terbabit berkesan dalam meningkatkan produktivitinya ketika kerja.
Tambahnya juga, sebelum guna kaedah terbabit, dia memang susah nak fokus dengan kerja sebab selalu nak buka FB.
Walaupun perkara itu telah berlaku sembilan tahun lepas, ia mula kembali tular setelah gambar Maneesh yang sedang bekerja sambil diawasi oleh pembantu yang akan menamparnya, Kara dikongsi semula oleh netizen di Twitter. Gambar itu turut mendapat perhatian daripada Elon Musk iaitu CEO Tesla baru-baru ini.
Boleh tonton juga video YouTube yang dikongsikan oleh Maneesh Sathi.
Kalau kita buat macam ni pun rasanya akan cepat siap kerja jugak sebab takut tiba-tiba kena tampar pulak kan. Apa pula pendapat korang tentang kaedah unik ni?
Sumber: Times Now News
Baca: “Penampar untuk dilepaskan”- Seller Jual ‘Penampar Online’ Serendah RM0.36, Ramai Beli & Puas Hati