Min rasa minggu lalu ramai diantara korang yang sambung cuti panjang kan sempena sambutan Tahun Baru Cina. Tanpa mengira bangsa dan agama, ramai yang mengambil peluang ini untuk pulang bertemu keluarga di kampung halaman, ada juga yang pergi bercuti.
Bercakap mengenai cuti sempena Tahun Baru Cina, di negara jiran, Indonesia, seorang lelaki baru-baru ini telah diberkas pihak berkuasa tempatan selepas didapati bersalah sengaja memulakan kebakaran di sebuah pejabat gara-gara berang isterinya kena kerja walaupun tengah cuti umum. Ah sudah!
Kompas melaporkan, tertuduh yang hanya dikenali sebagai I dituduh cuba membakar pejabat Agensi Perancangan Pembangunan Daerah (Bapedda) Wilayah Riau di Pekanbaru pada Selasa lalu.
![2021 02 11T075509Z 1841750026 RC27QL9WWZTW RTRMADP 3 LUNAR NEWYEAR INDONESIA e1644025556967](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2022/02/2021-02-11T075509Z_1841750026_RC27QL9WWZTW_RTRMADP_3_LUNAR-NEWYEAR-INDONESIA-e1644025556967.jpg)
Ketua Polis Pekanbaru, Komisioner Polis Pria Budi dalam satu kenyataan mendedahkan, suspek pada mulanya diberitahu isterinya bahawa dia perlu bekerja pada hari kejadian meskipun ia cuti umum sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Sakit hati dengan penjelasan si isteri, tertuduh telah pergi ke pejabat lokasi pasangannya bekerja dan berjaya masuk selepas mengugut pekerja sekuriti dengan senjata tajam.
Siasatan awal mendedahkan, tertuduh ke pejabat berkenaan untuk mencari isterinya namun dia tiada di situ sebelum suspek mula membakar sebuah sofa yang terletak di tingkat dua bangunan. Kebakaran itu mengakibatkan asap hitam memenuhi ruang dalam pejabat dan bahagian luar.
Tertuduh bagaimanapun, telah ditangkap di rumahnya di Jalan Sutomo Pekanbaru tidak lama selepas kejadian.
Sumber: Kompas
Baca: “Lapar sangat ke?” – Wanita Tergamak Bakar Bilik Ayah Sebab Tak Cukup Makanan Dalam Rumah