in

Lelaki Terpengaruh Dengan Novel ‘Titian Cinta’ Dapat Ilham Bunuh Suami Teman Wanita

Titian Cinta1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minat baca novel? Hati-hati! Jangan sampai terpengaruh hingga melakukan perkara di luar batasan akal dan minda!

Semalam kecoh dilaporkan apabila seorang lelaki didakwa telah membunuh suami kepada teman wanitanya akibat terlalu taksub dan terpengaruh dengan novel bergenre romantik, Titian Cinta, lapor Harian Metro.


Novel tersebut yang juga kini diadaptasi menjadi drama bersiri di TV3 telah mendapat sambutan hangat dengan menampilkan Zul Ariffin dan Farah Nabilah sebagai pemegang watak utama.

Titian Cinta Episod 1
sumber: layanon9

Dalam kejadian yang berlaku di FELDA Keratong 2, Muadzam Shah pada 24 Oktober lalu, suspek yang merupakan seorang pembantu kedai makan didakwa membunuh lelaki warga Indonesia yang juga suami kepada kekasihnya.

Melalui siasatan polis, suspek berusia 29 tahun itu didapati telah menjalinkan hubungan sulit sejak empat bulan lalu dengan seorang wanita warga Indonesia yang sudah berkahwin. Wanita tersebut dan mangsa yang dikenali sebagai Zubir, dikatakan mengalami masalah perkahwinan.

Walau bagaimanapun, suspek kemudian berang selepas mendapat tahu bahawa Zubir telah cuba memujuk isterinya semula untuk pulang ke tanah air mereka di Aceh dan meninggalkan suspek. Dia kemudian bertindak mengatur pertemuan dengan mangsa di pusat mencuci kereta di FELDA Keratong 2.

Pada jam kira-kira 12 tengah malam, suspek mengaku telah menembak mangsa dengan menggunakan senapang patah buatan sendiri. Mangsa dilaporkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sekitar jam 12 tengah hari akibat kecederaan parah di kepala.

T1Larg.shotgun.gi
gambar hiasan

Ekoran dari kejadian itu, polis juga telah menahan isteri mangsa pada keesokan harinya sebelum suspek ditahan oleh sepasukan anggota polis dekat Hentian R&R Tanjung Malim, Perak pada jam 12 tengah malam, 27 Oktober lalu.

Apa yang mengejutkan pihak polis, ketika disoal siasat mangsa mengaku telah menghayati dan menyatakan kisah hidupnya hampir serupa dengan novel cinta tersebut.

Menurutnya lagi, jalan cerita novel popular itu boleh dikaitkan dengan tindakannya yang menjalin hubungan dengan isteri orang dan sanggup membunuh mana-mana individu untuk mengelakkan dirinya daripada kehilangan teman wanita yang disayangi. Aduhai boleh pulak macam tu ye! 

Pengakuannya juga dikuatkan dengan penemuan novel berkenaan bersama suspek ketika ditahan selain dari senapang patah dan peluru yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut di ladang Sungai Guan, Kota Bahagia, Muadzam Shah.

Novel Tahan
sumber: harian metro

Kes tersebut bakal disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Berpijaklah pada dunia yang nyata. Bahaya juga terpengaruh dengan novel sampai berani membunuh. Sebaik-baiknya ambillah nilai yang baik dan jadikan nilai yang buruk sebagai sempadan ketika membaca sebarang novel. 

Baca: Lelaki Sakit Mental Mohon Maaf Selepas Membunuh Tukang Cuci di Rumah Sendiri

Bunhh Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.